Pelakon dan usahawan Fara Mendoza baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah. Menariknya, sungguhpun sudah tiba di tanah air, namun, Fara tetap memuat naik gambar-gambar mengenakan tudung dan juga jubah di Instagram.

Terkenal dengan penampilan seksi, ramai dalam kalangan netizen dan juga pengikut Fara menasihati dan mendoakan agar wanita itu kekal dengan imej menutup aurat seperti yang dikongsikan.



“Semoga hidayah ini kekal selamanya. Betul lah apa yang Allah janji di dalam syurga itu ada bidadari."

“Alhamdulilah Fara. Semoga Fara istiqamah di jalan Allah Fara.”

“Moga Allah jaga Fara.”



Begitu doa dan harapan wargamaya terhadap Fara Mendoza. Namun, ada juga yang menyamakan Fara seperti pelakon Zila Bakarin yang kini juga telah berubah dan menutup aurat.

“Tak pernah komen... Kali ni komen. Semoga istiqamah, ala-ala Zila Bakarin sekarang. Lawa, tahniah,” ujar pengguna Instagram itu.

BACA: "Biarlah! Saya Punya Duit!" - Fara Mendoza Mengaku Buat Hidung, Bibir & Kecilkan Rahang

BACA: Disangka Wanita Rupanya Pondan, Jaa Suzuran Suruh Fara Mendoza Bertaubat?​