Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Banduan Islam Di Penjara Narathiwat Dihidang Makanan Halal – Jurucakap

Awani
10/11/2024 05:30 MYT
Layanan terhadap banduan di penjara wilayah Narathiwat tidak seteruk yang digambarkan.

Tukang masak beragama Islam


Sebaliknya, layanan kepada semua banduan sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam sama sahaja.

Bahkan, menurut jurucakap penjara wilayah Narathiwat, makanan yang dihidangkan kepada banduan Islam adalah halal serta dimasak oleh tukang masak beragama Islam.


Untuk rekod, jumlah tahanan di penjara Narathiwat ketika ini adalah seramai 2,879 orang manakala kapasiti penjara adalah 2,400.

Jumlah 2,879 itu termasuk enam rakyat Malaysia yang baru-baru ini dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Thailand susulan kes dadah.

Banduan dalam keadaan baik


Kata jurucakap itu, kesemua enam rakyat Malaysia yang berada di penjara berkenaan ditempatkan di bilik pengasingan kerana belum dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Kesemua enam tahanan yang berada di penjara ini berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa apa aduan setakat ini, jelas jurucakap itu.


Media sebelum ini melaporkan kesemua enam rakyat Malaysia yang ditahan Jumaat lepas ditempatkan di penjara berkenaan sementara menunggu proses perbicaraan.

Mahkamah wilayah Narathiwat sebelum ini turut menolak permohonan ikat jamin tertuduh kerana proses siasatan masih berjalan.

ARTIKEL BERKAITAN:"280 Orang Satu Bilik" - Ini Realiti Situasi Perit, Ngeri Di Penjara Narathiwat

ARTIKEL BERKAITAN:Bunuh Kerat Lapan, Bekas Banduan Akhir Insaf, Mahu Berbakti

ARTIKEL BERKAITAN:Apa Maksud Disebalik 8 Jenis Warna Baju Banduan Di Penjara Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:Banduan Dapat 8A SPM, Tiada Telefon Atau Rujukan Ulangkaji - "Setiap Malam Bertahajjud, Solat Hajat & Berdoa"

ARTIKEL BERKAITAN:Pengawal Penjara Jelita Kantoi Jalin Hubungan Dengan Banduan, Sembang S*ks Di Telefon


Mengikut undang undang Thailand, tempoh tahanan reman boleh mencapai 3 bulan atau 84 hari.

Di kompleks penjara yang sama, bilik pengasingan lelaki mempunyai 500 penghuni manakala 480 orang pula menghuni bilik pengasingan wanita setakat ini.

Jurucakap itu turut menjelaskan, untuk ruangan tidur di dalam sel itu berkeluasan 1.2 x 2 meter persegi bagi setiap banduan.

Benarkan banduan solat dan berpuasa


Kata jurucakap itu, pihak penjara juga membenarkan banduan beragama Islam menunaikan solat, berpuasa bahkan penceramah dan ustaz yang mengajar agama serta al-Quran turut diundang setiap minggu.

Mengenai pakaian pula, beliau berkata, kesemua banduan dipakaikan pakaian penjara berwarna coklat yang menutup aurat bagi wanita dan lelaki.

“Setakat ini terdapat lebih kurang 30 banduan rakyat Malaysia dengan terbaharu membabitkan enam individu berkenaan,” katanya.


Kesemua enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.

Mengikut prosedur yang ditetapkan, keluarga tahanan dibenarkan melawat sekali setiap seminggu dengan masa diberikan 15 minit sahaja.

Sumber: AWANI
#Penjara #Thailand #Banduan #Narathiwat #Makanan Halal
;