Berita

Apa Maksud Disebalik 8 Jenis Warna Baju Banduan Di Penjara Malaysia

gempak
Gempak
05/08/2024
11:27 MYT
Sponsor Banner
Apa Maksud Disebalik 8 Jenis Warna Baju Banduan Di Penjara Malaysia
Sering kali kita melihat baju dipakai banduan yang dikenakan hukuman penjara kan. Sebenarnya, setiap warna baju itu tersimpan maksud yang melambangkan peringkat kesalahan mereka. Jom kita kenali maksud disebalik warna-warna ini.
1) UNGU
Baju ungu adalah untuk tahanan reman. Orang Kena Tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Selagi hukuman tidak diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika dijamin. Ada juga penghuni yang tiada peruntukan jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat dimahkamah.
2) PUTIH
Baju dan seluar putih pula diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat dibawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah.
Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.
3) MERAH
Baju merah dikhaskan buat penghuni penjara yang menjalani hukuman lama iaitu 6 bulan ke atas, merah adalah warna baju peringkat pertama.
Ia juga disebut peringkat ‘kolar merah’ Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI).
Kebiasaanya, banduan ini bermula dengan Fasa Orientasi dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum ke Fasa yang seterusnya.
BERITA TRENDING: Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil
BERITA TRENDING: Perselisihan Perhubungan Dipercayai Punca Nur Farah Kartini Dibunuh
BERITA TRENDING: Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"
BERITA TRENDING: “Saya Tak Pernah Keluarkan Kenyataan ‘Jilat’, Babak Itu Hanya Sekadar Cium Kaki” - Hariz Hamdan
4) HIJAU
Kolar hijau adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2.
Ini adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.
5) BIRU
Peringkat ‘kolar biru’ pula adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Dikalangan ‘kolar biru’ ini adalah mereka yang menjalani hukuman lama termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’.
Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.
6) HIJAU FLORESCENT
Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent‘ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau atau biru.
Pun begitu, banduan ini terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih bekerja di kawasan luar persekitaran penjara dibawah seliaan pegawai penjara.
Kebiasaanya, banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.
7) PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH
Untuk pengetahuan semua, peringkat baju ini amat digeruni semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA).
Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.
8) OREN Fasa ini, mereka belum dikategori banduan. Ia baju lokap polis dan masih dibawah tahanan polis sepenuhnya atau dipanggil Orang Kena Tuduh (OKT).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live