Covid-19

Banduan Penjara Penor Jahit PPE Untuk 'Frontliners' Covid-19

Zulaikha Yusof
31/03/2020
02:51 MYT
Bengkel jahitan Penjara Penor di Kuantan, hanya ‘mengendalikan’ tempahan paling penting buat masa ini, iaitu peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit Covid-19.
Memetik laporan Bernama, bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari, seramai 18 banduan yang ditempatkan di bengkel itu akan bertungkus-lumus mengukur, memotong dan menjahit PPE yang diperbuat daripada material khas berwarna biru.
Pengarah Penjara Penor Datuk Abu Hasan Hussain berkata, mereka menerima 2,000 meter material berkenaan bagi menghasilkan PPE yang memerlukan lima meter bagi sepasang PPE dari hujung kepala ke hujung kaki.
"Bengkel kami mula menjahit PPE Jumaat lalu, dan setiap hari kami boleh menghasilkan lebih 20 pasang PPE yang akan terus dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang untuk diagihkan kepada Jabatan Kesihatan negeri.
"Buat masa ini, bengkel jahitan turut beroperasi pada Sabtu dan Ahad berbeza daripada kelaziman kerana menyedari keperluan mendesak terhadap PPE ekoran peningkatan jumlah pesakit Covid-19,” katanya.
Abu Hasan berkata, beberapa kakitangan penjara sudah mengikuti taklimat pembuatan PPE pada 25 Mac, bagi memastikan PPE yang dihasilkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pihak kesihatan.
Selain PPE, Abu Hasan berkata, Persatuan Isteri, Anak dan Anggota serta Kakitangan Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) di situ turut menghasilkan 525 unit pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan.
Sementara itu, pegawai selia bengkel jahitan Penjara Penor Sarjan Muhd Mulyadi Abd Ghani berkata, banduan yang terbabit tidak mengambil masa lama untuk memahami kaedah menjahit PPE kerana sudah mahir mengendalikan mesin jahit kerana sering menerima tempahan pakaian seragam.
"Untuk melancarkan tugas, kami wujudkan tiga stesen khas yang terdiri daripada membahagikan material, memotong dan menjahit. PPE yang siap juga perlu melalui kawalan kualiti oleh kakitangan penjara.
"Proses yang paling renyah untuk dilakukan ialah memasukkan getah yang bertujuan mengetatkan bahagian pergelangan tangan, dagu topeng muka dan pelindung kasut,” katanya kepada Bernama.
Sekadar makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 2,626 orang dengan 37 rekod kematian.
Justeru, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gaya hidup

Syarikat Korporat Prihatin Teruskan Sumbangan PPE, Mask, Tanki Oksigen, Katil Buat Hospital Yang Memerlukan. SYABAS!

gempak
08/10/2021
12:59 MYT
Kita jaga kita dan masyakarat Malaysia sentiasa prihatin dalam membantu berdepan pandemik yang mencabar.
Hiburan

“Aku Dapat Dengan Cara Adil” - Naomi Campbell Tak Curi Sut PPE Tapi Sebenarnya ...

gempak
18/12/2020
13:25 MYT
Naomi Campbell naik flight pergi travel pun pakai sut PPE!
Berita

Viral, Foto Ahli Parlimen Diarah Pakai PPE, Kecoh Sekejap Dewan Rakyat

gempak
14/12/2020
06:40 MYT
Tiga Ahli Parlimen tersebut termasuklah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba
Laman Utama

Atu Perlu Bantuan Fabrik Jahit PPE - "Tak Ada 'Job' Sekarang, Tapi Allah Bagi 'Job' Bantu Orang Lain Dulu"

gempak
03/11/2020
02:17 MYT
Pelawak dan pelakon Atu memerlukan material menjahit Sut Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk dihantar ke Sabah.
Laman Utama

“Aku Jaga Wad, Bercampur Pesakit COVID Tapi Masih Swab Negatif” – Pemuda Saran Pakai PPE, Ini Reaksi Netizen

gempak
07/10/2020
07:00 MYT
Jangan leka, patuhi SOP.