Laman Utama
“Bang Ada Kerja Kosong Tak?” - Ramai Puji Khairul Aming Bawa Pekerja Bercuti Di Genting Siap Dapat Duit Poket
Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Ameng membawa para pekerjanya bercuti di Genting Highland sebagai tanda penghargaan.
Menerusi laman sosial Twitter, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzzaman, 30, memaklumkan perkara itu.
Menurut Aming, jualan sambal yang diusahakan olehnya itu akan ditutup selama empat hari khas untuk para pekerjanya berehat.
“Kita bawa semua staff kilang sambal dari Kelantan ke Genting untuk bercuti kat sini.
“Selama empat hari ini boleh main themepark, jalan-jalan, shopping sampai puas. Jualan sambal akan ditutup selama 4 hari dari 16 Jun sehingga 19 Jun,” tulisnya.
Hari ni kita bawa semua staff kilang sambal dari Kelantan ke Genting untuk bercuti kat sini. Selama 4 hari ni boleh main themepark, jalan-jalan, shopping sampai puas. Jualan sambal akan ditutup selama 4 hari dari 16 Jun sehingga 19 Jun— Khairulaming (@khairulaming) June 16, 2022
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap Aming sebagai majikan yang baik dan prihatin terhadap pekerjanya.
Terbaik.. appreciate yr staff always— Victoria ?️? (@guesswho1409) June 16, 2022
Tidak kurang juga ada yang mengusik dan menyatakan hasrat mahu bekerja bersama Aming.
Salam bang, ada kerja kosong tak ? ?— kemey ? (@kemeyhakim) June 16, 2022
Terdahulu, perniagaan Sambal Nyet yang diusahakan Aming sejak setahun lalu mendapat sambutan hangat.
Kini atas sokongan rakyat Malaysia terhadap produk keluarannya membolehkan Aming memiliki kilang sendiri.
Aming juga merupakan antara personaliti media sosial kesayangan rakyat Malaysia.
Sebelum ini Aming dikenali kerana video masakan dengan ulasan yang lucu serta resipi mudah untuk diikuti ramai.
Must-Watch Video