“Bang Tali Kita Cabut Bang” - Scene Paling Epik, Penonton Tak Tahan Tengok Muka Zizan

Mya Amri
Disember 1, 2018 13:39 MYT
Pelakon Zizan Razak menjadi perhatian netizen disebabkan babak paling epik dalam filem sekuel Polis Evo 2.
Babak itu memaparkan aksi lucu Zizan yang bersahaja ketika berdepan dengan pihak lawan.
Bait ayat “Bang tali kita cabut bang, tolong ikat tali kita ni,” telah pun menjadi ayat parodi netizen.
Paling ‘best’ apabila ayat itu dituturkan dalam loghat Terengganu.
Zizan juga berkongsi sedutan babak berkenaan menerusi akaun instagramnya hari ini.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya menyukai dan tidak boleh ‘move on’ dengan babak tersebut.
"Hahah part ni saya pecah perut bang. By the way Polis Evo 2 memang terbaik," tulis @achai_13
"Tadi baru pergi tengok, bergegar panggung wayang suka part ni, haha terbaik Zizan" coret @fartika_ika
"Selok kak suka, sampai ke anak-anak duk suka etek. Gego panggung memang tk boleh move on," komen @norhamizayusof.
Selain Zizan, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.
Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!
Jaga-jaga boh!
Foto: Instagram @zizanrazak869
#pelakon #Zizan Razak #Pelakon #Polis Evo 2