Hiburan

Bangga Rumah Tangga Bertahan 10 Tahun, Nia Ramadhani Kongsi Tips Kebahagiaan

gempak
Asraf Aided
28/04/2020
07:09 MYT
Sponsor Banner
Bangga Rumah Tangga Bertahan 10 Tahun, Nia Ramadhani Kongsi Tips Kebahagiaan
Aktres popular Indonesia, Nia Ramadhani berkongsi beberapa tips untuk kekal bahagia bersama pasangan tercinta.
Memetik laporan Liputan6, Nia mengatakan dia suami selalu bertolak ansur dan menerima kelemahan antara satu sama lain.
"Penyesuaian dalam perkahwinan bukan satu perkara mudah kerana setiap manusia boleh berubah sekelip mata.
"Kita tak boleh harap pasangan kita menjadi orang yang sama seperti zaman kita bercinta dahulu.
"Sebagai contoh, jika pasangan anda seorang pemain futsal, anda harus menerimanya juga, tolak ansur itu amat penting," katanya.
Dalam pada itu, Nia juga bangga kerana perkahwinan yang mula dibina pada usia semuda 19 tahun itu berjaya dipertahankan.
"Saya berasa bangga kerana saya berkahwin pada usia 19 tahun dan berjaya dipertahankan selama 10 tahun," katanya lagi.
Terdahulu, Nia dan Ardie mendirikan rumah tangga pada tahun 2010.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mikhayla Zalindra, Mainaka Zanatti dan Magika Zaladrie.
Sumber : Liputan6
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live