HIBURAN
Nabila Razali Terlibat Kemalangan Jalan Raya? - “Not The Friday I Ordered”
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Menerusi satu hantaran di Instagram, pelantun lagu Pematah Hati itu memuat naik gambar keadaan keretanya yang mengalami kerosakan selepas kejadian.
“Not the Friday I ordered,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Gempak cuba mendapatkan kenyataan lanjut daripada pihak Nabila namun setakat ini, tiada penjelasan rasmi yang dikeluarkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis netizen mendoakan agar urusan Nabila dipermudahkan.
“MasyaAllah 😢 semoga dipermudah semuanya.
“Semoga dipermudahkan Semua 🤲🏻
“Semoga dipermudah segala urusan oleh Allah 😌 mmg berat untuk menerima segala ujian, semoga terus tabah ya bella and fams
“Semoga dipermudah urusan bella… Aamiin
“Allah, eksiden ke kak @nabila.razali . Semoga dipermudahkan segala urusan. Harap2 akak bella ok,” tulis netizen.
Must-Watch Video