Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Bangun Tidur, Mekap, Makan!" - Akur Arahan Kerajaan, Ini Rutin Nia Ramadhani Di Rumah

Asraf Aided 07/04/2020 | 09:53 MYT
Pelakon popular Indonesia patuh pada arahan kerajaan Indonesia itu untuk berada di rumah sebagai langkah mencegah penularan pandemik COVID-19.
Memetik laporan liputan6, Nia mengatakan dia banyak meluangkan masa bersama keluarga dan melakukan rutin harian yang sama sepanjang tempoh detik sukar ini.
Nia juga ada berkongsi perkara itu di ruangan Instagram Story miliknya beberapa hari lalu.
"Bangun tidur, mekap, selepas itu makan, buang mekap, terus tidur, teruja bukan?" tulis pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih ini.
Dalam pada itu, Nia juga telah membina taman permainan mini di belakang rumah untuk mengilangkan kebosanan anak-anaknya.
Difahamkan, taman permainan itu digunakan oleh anak-anaknya untuk bermain di waktu petang.
Selain itu, Nia juga sering memanfaatkan waktu terluang untuk bermain piano di rumah.
Sumber : Liputan6
#pelakon #Nia Ramadhani #Indonesia #Pelakon
;