Berita

"Bangunan Kelas Saya Belajar Hanya Nampak..." - Siti Nurhaliza Sayu Tengok Keadaan Banjir Di Pahang

gempak
ZULHILMI JALIL
05/01/2021
07:15 MYT
Sponsor Banner
"Bangunan Kelas Saya Belajar Hanya Nampak..." - Siti Nurhaliza Sayu Tengok Keadaan Banjir Di Pahang
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan banjir buruk yang berlaku di negeri kelahirannya, Pahang.
Lebih meruntun hati, kata beliau apabila sekolah yang pernah menjadi tempatnya menimba ilmu turut ditenggalami banjir.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan keadaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Lipis, Pahang yang hanya menampakkan bahagian atap sahaja.
"Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir, namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir.
"Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya, Allah!" luahnya.
Pada masa sama, katanya, dia turut menyeru mana-mana pihak yang sudi untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringan beban mereka yang terkesan akibat banjir buruk.
"Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak follower, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa sahaja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir," katanya yang turut berkongsi semula hantaran Instagram daripada pengurusnya, Rozi Abdul Razak.
Rozi yang juga merupakan Naib Yang DiPertua, alumni Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford (LOCA) turut menzahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku.
"Melihat keadaan SMK Clifford, Lipis, pagi ini membuatkan saya sebak. Sekolah yang sudah berusia lebih 100 tahun, mempunyai khazanah-khazanah tahun bertahun, sejarah yang tak mungkin ada galang ganti, hampir tenggelam sepenuhnya.
"Bangunan sekolah, asrama, surau, dewan, pejabat guru, galeri, padang dan kantin, sudah tidak kelihatan kecuali bumbung sahaja," katanya.
Sehingga kini, jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 17,104 orang yang ditempatkan di 242 pusat pemindahan sementara.
BACA: "Semoga Ibu, Keluarga, Orang Kampung Saya Dalam Keadaan Baik..." - Datuk Seri Siti Nurhaliza Risau
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024