Hiburan

Banjir Di Rumah Penampang Sudah Surut, Stacy Syukur Keluarga Selamat - "Ini Paling Teruk Sebab..."

Umirah Halim
02/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi Stacy berkongsi perkembangan mengenai situasi dan keadaan rumah keluarganya di Penampang yang dilanda banjir.
Menurut Stacy, banjir kali ini merupakan banjir yang paling teruk pernah dihadapi kerana air deras mengakibatkan banyak barang-barang penting tidak dapat diselamatkan.

Air sudah surut

Bagaimanapun, perkembangan terkini, air dilaporkan telah surut dan keluarganya sudah mula membersihkan kediaman yang dipenuhi selut lumpur tebal.
"Ini banjir yang paling teruk, lumpur memang tebal sangat jadi sekali. Ini paling teruk la sebab jarang air tinggi begini.
"Sekarang dah surut dah tinggal lumpur untuk bersihkan, bukannya pertama kali rumah saya banjir cuma banjir begitu memang pertama kali la. Ada lima orang dekat rumah tu termasuk bapa saya, abang saya dan anak-anak buah saya.
BERITA TRENDING: TMSMY4: Stacy Tak Dapat Sorok Identiti Bunga Matahari Daripada Peminat - “Mereka Awal-Awal Dah Serang Saya”
BERITA TRENDING: Stacy Tegur, Beri Nasihat Pada SMDX - “Tak Akan Nak Glamour Sahaja, Tak Boleh Begitu”
"Penuh lumpur satu Penampang tu masih dalam proses membersihkan rumah. Barang kat bawah memang rosak sebab tak sempat nak naikkan sebab air laju naik cepat sangat. Kerusi saya kayu sebab dah selalu kena banjir. Tapi yang tak boleh selamatkan mesin basuh, peti sejuk memang tak boleh selamatkan lah," katanya ketika dihubungi Gempak.

Syukur keluarga selamat

Dalam pada itu, Stacy bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana tiada kemalangan dan kecederaan jiwa membabitkan keluarganya.
"Saya dapat tahu berita ini ketika nak buat persiapan sebelum kosnert The Hardest Singing Show ahad lalu.

"Saya memang bila dapat tahu itu risau la terutamanya mak saya saya pun hanya mampu doa sahaja sebab saya memang padat dengan kerja.

BERITA TRENDING: THSS: Bawa Elemen Kadazan Dusun, Stacy Raih Markah Tertinggi 87.84 Peratus! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

BERITA TRENDING: THSS: Stacy Tak Marah Orang Kata Menari Nampak Mengah - “Memang Betul Benda Tu Kena Jaga”
BERITA TRENDING: Stacy Tegur, Beri Nasihat Pada SMDX - “Tak Akan Nak Glamour Sahaja, Tak Boleh Begitu” "Saya pun hanya mampu berdoa dari jauh yang penting saya bersyukur semua keluarga saya selamat dan tiada sesiapa yang cedera. Saya memang bila dapat tahu itu risau la terutamanya mak saya saya pun hanya mampu doa sahaja sebab saya memang padat dengan kerja," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Askar Hilang 19 Hari Ditemui Selamat, Lemah Akibat Kelaparan Dan Dehidrasi

gempak
06/07/2024
07:35 MYT
Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang dilaporkan hilang ketika menyertai Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang 18 Jun lalu, pada Sabtu.
Viral

"Bahagianya Dia Hari Ini..." - Anak Menangis Dapat Hadiah Bola, Netizen Turut Rasa Sebak!

gempak
06/07/2024
01:55 MYT
Satu hantaran menyentuh hati berjaya mencuri tumpuan netizen apabila seorang kanak-kanak dilihat gembira setelah menerima hadiah untuk ulang tahun kelahirannya.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

"Reka Bentuk & Kayu Mahal, Memang Sangat Cantik" - Syarikat Pemaju Terkejut, Tak Tahu Rupanya Rumah Dirobohkan Milik Sharifah Aini

gempak
03/07/2024
02:00 MYT
Kediaman mewah dua tingkat milik biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini, kini hanya tinggal kenangan selepas dirobohkan syarikat pemaju, Al-Ambia Sdn Bhd pada bulan lalu.
Viral

Monica Ting Siew Kwong Sempat Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Penampang

gempak
02/07/2024
03:17 MYT
Wanita yang menjadi korban pertama dalam bencana banjir di negeri ini disifatkan seorang yang berhati mulia kerana sempat berkhidmat kepada masyarakat yang terjejas di Penampang.