Penyanyi dan bintang The Hardest Singing Show, Stacy Anam tidak berkecil hati apabila menerima komen mengatakan dirinya kelihatan mengah ketika membuat persembahan.

Bah kan Stacy dengan rendah hati mengakui perkara itu dan menganggap komen tersebut sebagai satu semangat buat dirinya untuk memperbaiki mutu persembahannya di masa akan datang.


“Orang cakap saya mengah ketika menyanyi, saya tak marah malah sedikit pun tak heran.

“Memang betul benda tu sangat kena jaga. Untuk menjadikan persembahan lebih bagus, terima kasih sebab beri saya peluang untuk berada dalam The Hardest Singing Show,” katanya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING: Stacy Tegur, Beri Nasihat Pada SMDX - “Tak Akan Nak Glamour Sahaja, Tak Boleh Begitu”


Dalam pada itu, Stacy juga mendedahkan dia sebenarnya seorang yang gayat dan takut dengan ketinggian.

“Saya sebenarnya takut dengan ketinggian, saya gayat tapi disebabkan banyak faktor saya rasa sangat puas.

“Jarang saya dapat kepuasan ni ketika membuat persembahan. Untuk saya mengamati, mengimbangi badan dan energi buat saya rasa sangat bebas. Itulah momen paling susah untuk saya di minggu ketiga.

“Sebenarnya kalau nak cakap dari segi kepuasan tu adalah pada bahagian pengalaman yang sangat bernilai.

“Sebab untuk kita nak tunggu ada orang bagi props, nak bagi platform ni sangat susah dalam industri. Jadi bila ada konsep sebegini, inilah tempat untuk kami cuba mengangkat martabat industri muzik itu sendiri,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Baru Sedar Boleh Buat Saya Anxiety” - Stacy Terpaksa Berpantang Makanan Pedas



Terdahulu, Stacy yang menyampaikan lagu Apokalips nyanyian asal Datuk M.Nasir berjaya menduduki tempat kelima dengan markah 82.91%

BERITA TRENDING: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh


The Hardest Singing Show dihoskan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.

Sementara itu tanggungjawab sebagai juri profesional pula disandang oleh Edry Abdul Halim, Zizan Razak dan Datuk Seri Rossa.

Masing-masing merupakan komposer, penyanyi, pelawak dan pelakon yang telah lama berkecimpung dalam dunia seni.

Jangan lupa saksikan The Hardest Singing Show setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Program ini bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu.

The Hardest Singing Show ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show pula bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

The Hardest Singing Show menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.

Penerbitan The Hardest Singing Show diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

• Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara The Hardest Singing Show akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu The Hardest Gempak Meter pada setiap minggu.

• Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.

• Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.