Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'Lumpuh' 25 Minit, 45 Penerbangan Dibatalkan

Gempak
April 17, 2024 01:06 MYT
Insiden banjir di ibu negara Emiriah Arab Bersatu, Dubai telah menyebabkan pelbagai urusan utama tergendala.
Menurut laporan Metro UK, antara yang terkesan ialah landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB), yang merupakan antara lapangan terbang tersibuk di dunia yang dibanjiri air sehingga menyebabkan sebahagian besar penerbangan dibatalkan.
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan sebanyak 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk telah dibatalkan.
Manakala, tiga penerbangan telah dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan.
Bencana banjir ini merupakan yang terburuk menimpa Dubai sejak 1999. Selain daripada DBX, kawasan-kawasan lain di bandar tersebut turut terganggu dengan situasi buruk itu.
Beberapa daerah di UEA dilaporkan mendapat curahan air hujan lebih dari 80 milimeter kurang 24 jam sampai pukul 8 pagi hari Selasa. Padahal rata-rata hujan setahun sekitar 100mm.
Menurut laporan Metro UK, kejadian banjir ini telah memberi gangguan yang besar terhadap beberapa urusan penting di ibu negara itu.
Sungguhpun begitu, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai memaklumkan bahawa operasi penerbangan di sana telah beroperasi semula.

BERITA TRENDING: [PHOTOS] Dubai Unveils The World's Deepest Swimming Pool Which Features A Sunken City

Malah, Polis Dubai semalam telah memberikan amaran kepada orang ramai untuk mengelak daripada mengunjungi kawasan pantai dan lembah yang memiliki kecenderungan untuk dilanda banjir.
Perkara ini susulan beberapa keadaan cuaca seperti hujan, angin kencang, ribut petir dan ada kalanya, hujan batu yang mampu mengurangkan kadar kebolehlihatan manusia, jelasnya.

Dubai Airport right now pic.twitter.com/FX992PQvAU

— Science girl (@gunsnrosesgirl3) April 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

DUBAI AIRPORT RIGHT NOW DUBAI UNDERWATER AND IS FLOODED Biggest flood since 1999 Reason? pic.twitter.com/msDVj8bhun

— Sulaiman Ahmed (@ShaykhSulaiman) April 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

This is not what I expected in Dubai! My condolences to the Rolls Royce owner! ? pic.twitter.com/FrCikLn1Po

— Dadi Kristjansson (@dadikr) April 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

PILIHAN PEMBACA: Harga Kediaman Mewah Di Dubai Cecah Puluhan Juta Ringgit? Siti Nurhaliza Tampil Jawab Spekulasi Netizen

BERITA TRENDING: [VIDEO] Bangunan Pencakar Langit 35 Tingkat Di Dubai Terbakar

#Banjir #Dubai #Airport #UAE #DBX #Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai