Laman Utama

Banjir Melampau, Netizen Teringat Teori Kononnya Bandar Seluruh Malaysia Bakal Tenggelam 2050! Berjuta Penduduk Akan...

gempak
Hanafis Haris
08/03/2022
17:15 MYT
Sponsor Banner
Banjir Melampau, Netizen Teringat Teori Kononnya Bandar Seluruh Malaysia Bakal Tenggelam 2050! Berjuta Penduduk Akan...

Bencana banjir yang berlaku sejak kebelakangan ini ternyata mencetuskan kebimbangan ramai.

Kali ini, bukan hanya berlaku di kawasan rumah, malah ia turut membabitkan bangunan-bangunan utama di sekitar ibu kota.

Tambah mengerikan, banjir kali ini turut ‘memusnahkan’ ribuan kenderaan yang ditenggalami air.

Namun, apa yang lebih menakutkan adalah ramalan yang mendakwa bandar-bandar utama di Malaysia bakal ‘lenyap’ pada 2050

Perkara itu yang didedahkan oleh seorang pengguna Twitter yang berkongsi kembali teori tersebut.

“Peringatan #DaruratIklim. Tahun 2050 dijangkakan bandar utama di seluruh Malaysia (dan dunia) akan tenggelam akibat paras air laut yang meningkat,” tulisnya.

Untuk makulman, teori tersebut sebenarnya merupakan hasilkan laporan pusat penyelidikan swasta, Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS)

Pendedahan juga itu adalah berdasarkan kajian terbaharu Elevation Data Triple Estimates of Global Vulnerability to Sea-Level Rise and Coastal Flooding terbitan Nature Communications.

Menerusi laporan itu, antara negeri yang terjejas adalah Perlis, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

"Pada tahun 2050 Alor Setar menjadi sebuah pulau; sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan; Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam; Bagan Datoh, Teluk Intan, dan Kuala Selangor lenyap; Port Klang tenggelam; Shah Alam menggecil; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertempat di sebelah pantai.

"Muar dan Pekan juga tenggelam; Kuala Terengganu mengecil dan menjadi beberapa buah pulau. Di Sarawak, Kuching juga mengecil dan menjadi beberapa buah pulau," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, berjuta penduduk Malaysia akan terkesan dan kebanyakannya terpaksa berpindah.

Susulan daripada peringatan tersebut, kebanyakan netizen berharap pihak berkuasa lebih cakna dan produktif untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menghadapi bencana banjir.

BACA: Banjir: “Ingat Kami Kaya Rumah & Kereta Rosak Beli Baru?” - Netizen Rayu Tindakan Segera, Semua Wajib WFH Lagi Bagus!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024