Hiburan

Bantu Dapatkan Zuriat, Anda Kini Boleh Keluar Duit KWSP Untuk Jalani Rawatan...

Hanafis Haris
06/10/2020
00:36 MYT
Berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat pastinya menjadi satu beban besar terutama buat pasangan yang baru berkahwin.

Jika ada rawatan sekali pun, berkemungkinan kos yang diperlukan agak tinggi.

Namun, kini orang ramai yang berhasrat untuk menjalani rawatan kesuburan boleh menarik nafas lega apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan pengeluaran kesihatan terbaharu bagi rawatan tersebut.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusinya Tan Sri Datuk Seri Ahmad Badri Zahir, semalam.

Menurut Ahmad Badri, pengeluaran itu bertujuan membantu pasangan yang menghadapi cabaran untuk mendapatkan cahaya mata, selain membantu usaha kerajaan menangani trend penurunan kadar kesuburan yang berterusan.

“KWSP membenarkan ahli yang layak membuat pengeluaran bagi rawatan kesuburan bermula 1 September lalu.

"Melalui pengeluaran itu, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan dalam akaun dua untuk membiayai kos rawatan mendapatkan cahaya mata,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Tambahnya, pilihan pengeluaran kesihatan itu merupakan sebahagian tanda sokongan KWSP kepada pasangan yang ingin mendapatkan rawatan tetapi menghadapi kekangan kewangan kerana kos yang tinggi.

“Ahli boleh membuat pengeluaran beberapa kali yang diinginkan tertakluk kepada baki simpanan akaun dua mereka," katanya.

Sumber: Harian Metro

Foto kredit: Astro Awani & KelabMama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.