Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bantu Lelaki Cacat Penglihatan Balik Ke Rumah, Jasa Baik Anis Nabilah Dipuji - “Bless Your Kind Heart”

Muhammad Firdaus
12/05/2024 07:55 MYT
Pengacara dan cef selebriti, Anis Nabilah baru-baru ini memuat naik satu hantaran menyentuh hati di mana dirinya membantu seorang lelaki yang mengalami cacat penglihatan untuk pulang ke rumah.

Menerusi kapsyen entri tersebut, Anis menerangkan bahawa dirinya terserempak dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Prakash semasa sedang makan di sebuah restoran.

Tawarkan Pertolongan

“Hari khamis lepas saya habis kerja lambat kemudian pergi ke mamak untuk makan malam, waktu saya sampai saya nampak lelaki yang ada cacat penglihatan baru habis makan dan dia tunggu Grab nak balik dekat tepi jalan.

“Saya tengok dia sorang-sorang dalam 10 minit dan banyak kereta pandu lalu tepi dia tapi Grab dia tak sampai-sampai. Jadi saya habis makan saya pergi ke arah dia tanya sama ada dia okay.

“Nama dia Prakash dan dia tunggu Grab lama tak sampai, mungkin sebab dah lewat hampir pukul 1 pagi, jadi saya tawarkan untuk hantar dia balik,” kongsinya.

Cari Pelajar Untuk Tuisyen

Selain itu, Anis turut berkongsi bahawa Prakash merupakan seorang guru tuisyen bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta sedang mencari mana-mana pelajar yang mahu mempelajari subjek tersebut untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Prakash cakap dia ajar tuisyen untuk pelajar SPM, setakat ni ada dua orang, tahun lepas ada empat orang, jadi dia sedang cari sesiapa yang nak belajar dengan dia.

A post shared by Anis Nabilah (@anis_nabilah)


“Prakash beritahu saya ramai yang sarankan untuk dia buat konten di media sosial tapi dia perlukan orang untuk rekod dan ramai yang nak cas mahal dan dia tak mampu. Jadi saya tanya dia sama ada okay untuk saya rekod dia dan kongsi dekat akaun Instagram saya.

“Dalam video ni, Prakash ada kongsi nombor telefon dia, jadi untuk sesiapa yang berminat boleh hubungi dia,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Lapar, Penat, Tak Sempat Nak Masak? Ini Solusi Daripada Cef Anis Nabilah

"Bless your kind heart...

Posting itu mendapat perhatian ramai rakan artis yang mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan oleh Anis.



Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan meraih lebih 11,000 tanda suka di Instagram.

Sumber: Instagram

#Viral #Selebriti #Artis #hiburan #OKU #Buta #Bantu #Anis Nabilah