Lapar? Terlalu penat untuk memasak hidangan yang lazat dan berkhasiat?
Rakyat Malaysia kini boleh menikmati Ayam Tyson, jenama yang dipercayai oleh Cef Anis Nabilah.

Tyson menawarkan pelbagai pilihan ayam sejuk beku yang telah dimasak sepenuhnya, diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi serta 100% Halal.

Pengguna boleh menyediakannya dengan mudah, daripada peti sejuk beku boleh terus dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro atau penggoreng tanpa perlu dinyahbeku.

Tyson berhasrat untuk terus menarik minat rakyat Malaysia untuk mencuba ayam yang rangup, berjus dan lembut.

Didorong oleh komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan makanan sejuk beku berkualiti kepada orang ramai, Tyson telah menjadi jenama pilihan di kalangan rakyat Malaysia dan industri makanan tempatan.

Dengan menggunakan kaedah perapan vakum untuk memastikan rasa yang konsisten di setiap bahagian dan teknologi Multi-coating yang memberikan kerangupan lebih maksima, kini rakyat Malaysia boleh menikmati Ayam Tyson yang sedap tak terhingga.

Jadi, jika anda ingin menyediakan hidangan yang pantas, mudah dan lazat, Ayam Tyson tentunya menjadi hidangan terbaik untuk keluarga anda.

“Saya berasa bangga kerana dipilih untuk menjadi duta Ayam Tyson. Sebagai seorang cef, saya sangat menghargai makanan yang mudah disediakan tanpa menjejaskan rasa atau teksturnya.

Tyson bukan sahaja menawarkan penyediaan yang mudah, tetapi juga memberikan rasa yang sedap tak terhingga kerana rasanya sama seperti ayam yang baru dimasak dan dihasilkan dengan bahan berkualiti tinggi.

"Saya amat kagum dengan teknologi Multi-coating istimewanya yang menghasilkan kerangupan maksimum.

"Melalui kerjasama ini, kami ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencuba pelbagai jenis produk jenama Tyson yang memenuhi citarasa mereka serta mematuhi piawaian Halal.
"Ayam Tyson yang mudah disediakan, sedap dan berkualiti ini sudah pasti telah melebihi jangkaan saya! Jadi, mari sertai saya dan cuba Ayam Tyson untuk dinikmati seisi keluarga,” tambah Cef Anis.

Ayam Tyson menawarkan Set Bundle Cef Anis yang boleh didapati dalam talian. Anda boleh membeli mana-mana empat perisa Ayam Tyson (600 gram) dengan harga RM60 sahaja!

Tyson juga menyediakan penghantaran percuma apabila anda membeli set bundle dari platform beli-belah dalam talian seperti Shopee dan Lazada! (hari pembayaran gaji dan hari dua digit sahaja)

Di samping itu, Ayam Tyson juga menawarkan promosi pulangan tunai untuk produk Tyson.

Bermula dari 15 Oktober 2023 hingga 30 November 2023, beli mana-mana satu pek produk Tyson dan muat naik resit anda melalui Whatsapp.

Seterusnya, anda akan mendapat pin tambah nilai pulangan tunai RM5 pada Touch’n GO eWallets anda (tertakluk kepada terma dan syarat).

Dapatkan Ayam Tyson sekarang, dan sertai kami untuk “katakan saya setuju, Ayam Tyson sedap tak terhingga!” dan tunjukkan tanda bagus anda! Produk lazat Tyson juga boleh didapati di semua pasar raya utama dan hypermarket. Untuk maklumat lanjut, ikuti Tyson di @tysonbrandmy dan Facebook.