Penyanyi dan pelakon Izzue Islam berkongsi pengalamannya ketika bekerja sebagai penghantar susu sebelum bergelar artis.

Kata Izzue, pelbagai pengalaman menarik diperolehnya sepanjang tempoh berkenaan dan menjadi kisah terbaik untuk dikongsikan buat anak-anaknya kelak.

"Ini article 2010. Aku pernah kerja jadi penghantar susu, serius mencabar okay keje ni!

"Setiap hari pukul 5 pagi aku kena pegi gantung susu dekat gate rumah customer.

"Banyak kali aku kene sergah dengan anjing tuan rumah, pastu penah kena tahan dengan abang-abang rukun tetangga sebab diorang ingat aku nak merompak!

"Pernah kena saman sebab 5 pagi kan tak ada orang, aku u-turn je la tempat yang salah sekali tetiba je Mr. Polis sampai.

"Memang cekap betul dia buat keje. Apepon aku besyukur sebab ade pengalaman hidup macam ni, boleh la juga buat cerita kat anak-anak bila dah ade anak nanti," katanya yang turut melayangkan ucapan Hari Pekerja yang disambut 1 Mei.

Ni article 2010. Aku penah keje jadi penghantar susu ? serius mencabar okay keje ni! Setiap hari pukul 5pagi aku kene pegi gantung susu dekat gate rumah customer. Banyak kali aku kene sergah dengan anjing tuan rumah, pastu penah kena tahan dengan abang2 rukun tetangga sbb diorang ingat aku nak merompak! Penah kena saman sbb 5 pagi kan xde orang, aku uturn je la tempat yg salah sekali tetiba je mr polis sampai. Mmg cekap betul dia buat keje ?? apepon aku besyukur sbb ade pengalaman hidup mcm ni, boleh la jugak buat cerita kat anak2 bila dah ade anak nanti ? #SelamatHariPekerja

A post shared by k a u i z z u e i s l a m (@izzueislam) on


Perkongsian itu menyuntik inspirasi buat peminatnya agar tidak cepat mengeluh untuk mencari rezeki yang halal.