“Banyak Kali Saya Pujuk Cakap Tak Nak Sebab Penat…” – Memey Suhaiza Tak Sangka Norman Hakim Buat Kejutan

Mya Amri
September 20, 2019 07:34 MYT
Pelakon Norman Hakim membuat kejutan untuk isteri tersayang, Memey Suhaiza sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Memey yang tidak tahu mengenai hal tersebut akur apabila pujukannya untuk tidak mengikut suaminya keluar ditolak oleh Norman.
Memey berkongsi momen manis itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.
“Suami oh suami. Bersungguh dia ajak kita keluar cakap nak pergi makan dating berdua. Banyak kali juga saya pujuk suami cakap tak nak sebab penat.
“Macam-macam alasan saya buat. Esok pun nak shoot pagi. Suami kata kena juga pergi sebab tak ada date dah sebelum ulang tahun kitaorang.
“Saya kata tak apalah, tak payah buat apa-apa pun. Sebab kita orang dah plan nak buat doa selamat je nanti masa anniversary betul-betul 24 hb.
“Jadi saya kata dah lebih dari cukup. Tapi... Inilah lah hasilnya. Suami ada geng konspirasi. SubhanAllah tak terungkap dengan kata.
“Nanti saya sambung lagi banyak moment saya nak share sebab tanda saya happy sangat malam ni. Thank you suami. Syukur… Alhamdulillah,” kongsinya.
Terdahulu, Norman Hakim dan Memey mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.
#pelakon #Pelakon #Memey Suhaiza #Norman Hakim