Selepas sembilan minggu berlalu, drama bersiri The Maid akhirnya bakal tamat dalam episod 10 malam ini.

Penonton pasti teruja untuk menanti episod malam ini kerana banyak perkara dan kemusykilan selama ini bakal terbongkar dan terungkai.

Kisah poligami rumah tangga bergenre komedi thriller ini telah mempunyai pengikutnya tersendiri kerana jalan ceritanya serta plotnya yang menarik.

Ini lima sebab mengapa anda wajib menonton episod akhir The Maid:

#1 Bongkar Siapa Pembunuh Elisa

Dalam sembilan minggu ini pelbagai kisah dan plot twist yang berlaku dalam The Maid tetapi dalam episod akhir ini penonton bakal mengetahui siapakah sebenarnya dalang disebalik pembunuhan Elisa. Penonton pasti terkejut apabila mendapat tahu apa yang berlaku di sebalik pembunuhan tersebut. Benarkah Elisa mati dibunuh?

#2 Ratu Kantoi!

Pembantu rumah Fika, Ratu antara suspek yang mula penonton curiga semuanya kerana dalam episod yang lalu dia dilihat memakai rantai milik arwah Elisa. Apa tujuan dia mengambil rantai kepunyaan Elisa? Adakah Ratu yang bunuh Elisa? Dalam episode 10 juga Ratu kantoi dengan Fika ketika keluar bersama teman lelakinya. Apa yang sebenarnya berlaku?

#3 Jayden Buat Kejutan Pada Semua Isteri

Istimewanya dalam episod 10 ini, Jayden dilihat berbeza dan mula melayan isteri-isterinya dengan baik. Apa yang bagusnya, Jayden mahu memberi kejutan untuk isteri-isterinya dan diberi sama rata. Apakah kejutan tersebut? Adakah hanya Nadia sahaja yang dibawa melancong ke Eropah?

#4 Rindu Gelagat Madu & Pembantu Rumah

The Maid merupakan drama bersiri thriller dan komedi yang menjadi kegemaran ramai penonton kerana aksi pelakon-pelakon hebatnya. Penonton pasti akan merindui The Maid kerana gelagat isteri-isteri Jayden yang menghiburkan serta pembantu rumah yang melucukan. Jangan lepaskan peluang untuk menonton episod akhir ini.

#5 Episod akhir?

Adakah benar The Maid episod 10 merupakan yang terakhir? Rasa seperti terlalu cepat dan singkat untuk menamatkan drama bersiri ini. Anda pasti tidak puas menonton drama The Maid malam ini. Nantikannya!

Jangan lupa saksikan The Maid episod 10, jam 9.30 malam ini di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).
Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand.