Hiburan
“Banyak Masuk Pertandingan Tapi Tak Pernah Ada Nombor Pun…” - Amir Jahari Terkejut Dinobat Juara AJL38
Penyanyi, Amir Jahari tidak pernah menyangka hasil karyanya iaitu lagu berjudul Hasrat dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).
Walaupun ramai yang meramalkan Hasrat bakal menjadi juara sejak lagu itu terpilih sebagai finalis, namun Amir enggan mempercayai ramalan tersebut.
“Saya tak baca sebenarnya komen sebelum naik pentas. Tapi saya adalah dimaklumkan tentang perkara itu.
“Saya tak mahu percaya benda itu sebab saya tidak pernah berada ditempat pertama jadi saya tak tahu dan saya tak nak berharap.
“Sebab pada penghujungnya saya adalah saya dan muzik saya akan ‘bercakap’ sendiri. Sebenarnya dapat juara pun alhamdulillah… Tapi jauh dilubuk hati saya, juara tak bermakna segalanya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Amir berkongsi perkara itu semasa sidang media AJL38 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Kata Lagu Amir Jahari 'Sampai Lain Macam'
Tambah Amir lagi, dia sebelum ini ada menyertai beberapa pertandingan namun tidak pernah bergelar juara.
Perkara itu juga merupakan antara sebab mengapa Amir tidak menyimpan harapan bergelar juara.
“Terkejut banyak sebenarnya sebab saya tak pernah menyangka akan menjadi juara sebab sebelum ini saya banyak kali masuk pertandingan tapi tak pernah ada nombor pun.
“Yang paling tinggi pun ada satu acara yang saya sertai bersama AG Coco, dapat nombor dua tapi tak pernah juara.
“Jadi ini seperti satu perasaan yang sangat sangat pelik sebenarnya. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Tepati Ramalan, Amir Jahari Menangis, Sujud Syukur! Hasrat Dinobat Juara AJL38
Selain Hasrat, lagu Sutera dendangan Aisha Retno yang juga komposer serta penulis lirik bersama MFMF ini dinobatkan sebagai naib juara AJL38.Tempat ketiga pula menjadi milik lagu Jangan Mati Rasa Itu, nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul.
Must-Watch Video