"Banyak Perkara Kami Tak Jangka Terjadi" - Pelamin Uyaina Arshad & Raja Syahiran Tenggelam Dalam Banjir
Asraf Aided
21/12/2021 11:40 MYT
21/12/2021 11:40 MYT
Pelakon Uyaina Arshad yang sah bergelar isteri kepada penyanyi Raja Syahiran pada 9.03 pagi tadi akui banyak menghadapi ujian sebelum menjelang pernikahan mereka hari ini.
Menurut Uyaina, 29, selain daripada perancangan majlis yang berubah mengikut perkembangan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa, bencana banjir berlaku dua hari lalu juga menyebabkan pelamin yang sepatutnya digunakan tenggelam.
"Banyak sebenarnya perkara yang kami tak sangka terjadi, awal-awal dahulu dari segi SOP. Kemudian dua hari sebelum pernikahan kami, terjadi pula bencana banjir.
"Kami pun terpaksa terima dan reda sahaja, pelamin yang sepatutnya kami guna tenggelam disebabkan banjir, dapat pelamin ganti pun sehari sebelum majlis, kiranya seperti bidan terjun.
"Kepada semua yang terlibat dalam acara pernikahan kami, terima kasih banyak-banyak," kata Uyaina kepada Gempak.
Tambah suaminya Raja Syahiran pula, mereka berdua masih belum memikirkan soal berbulan madu mahupun majlis resepsi ekoran situasi bencana yang berlaku.
"Kita pun tak boleh nak fikirkan soal honeymoon sekarang disebabkan situasi yang berlaku. Apa yang penting, hubungan kami halal terlebih dahulu, selebihnya kita tengok rezeki nanti.
"Begitu juga majlis resepsi, kami masih belum terfikir, nak adakan majlis kecil-kecilan hari ini pun ada kesukarannya disebabkan bencana, apa lagi yang lebih besar.
"Apapun kami bersyukur kerana telah diijabkabul dan semua yang hadir hari ini sihat belaka, setiap tetamu telah membuat ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu sebelum masuk ke majlis," katanya.
Difahamkan, pasangan ini bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat hadir ke majlis mereka untuk memperkenalkan antara satu sama lain.
BACA: Uyaina Arshad, Raja Syahiran Selamat Bernikah!