Dengan sekali lafaz, penyanyi Raja Syahiran sah bergelar suami kepada pelakon Uyaina Arshad dalam sebuah majlis tertutup di The Colony, Star Boulevard KLCC pada pukul 9.03 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh abang kandung, Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua orang saksi.
Kongsi Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, majlis akad nikah ini telah dirancang sejak beberapa bulan lalu. Namun banyak pertukaran dari segi perancangan dan plan majlis akad nikah tersebut disebabkan oleh SOP semasa yang cepat berubah & terkini, banjir terburuk yang berlaku dua hari sebelum majlis akad nikah berlangsung.
“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.
BACA: "Dulu Nak Kahwin Atas Kapal" - Uyaina, Raja Syahiran Idam Majlis Kahwin Ringkas & Intim
BACA: "Kalau Dah Ada Tarikh, Saya Umumkan" - Uyaina Arshad
Dalam majlis tersebut, Raja Syahiran, 28, menyerahkan mas kahwin berupa set barangan kemas buat Uyaina dan tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua-dua belah pihak.
Pada masa sama, pasangan itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran atas persetujuan kedua belah keluarga.
Majlis pernikahan pasangan itu dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Sehingga kini, Raja Syahiran dan Uyaina masih belum punyai sebarang perancangan untuk melangsungkan majlis resepsi.
Pasangan pengantin kelihatan manis berseri dalam persalinan Baju Melayu dan Baju Kurung Rizman Ruzaini dan dihiasai barang kemas dari Ceres Jewels.
#URS pula dipilih sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka. URS adalah akronim Uyaina Raja Syahiran dan juga merupakan singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.
Selain itu, #HinggaAkhirWaktu juga menjadi tanda pagar pilihan pasangan ini disebabkan oleh lagu yang dicipta oleh Syahiran bersama Uyaina dan dihadiahkan buat ibu kepada Uyaina, Siti Noor Farah. Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari nanti.
Uyaina dan Syahiran memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu mereka namun terpaksa menangguh majlis mereka disebabkan varian baharu COVID-19, faktor keselamatan dan SOP negara-negara yang ingin dilawati yang sering bertukar.
Jadi, Uyaina dan Syahiran bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan mereka untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing.
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan majlis merisik telah berlangsung pada bulan Julai 2019. Majlis merisik juga dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Syahiran dan Uyaina.
Asraf Aided
Tue Dec 21 2021


Pakai Gaun Tutup Pu*ing Payudara, Doja Cat Kata Sedang Gabungkan Anatomi & Angkasa
Penampilan Doja Cat yang hadir ke majlis Billboard Music Awards 2022 mencuri perhatian apabila penyanyi itu memakai gaun hitam panjang, namun menampilkan bahagian payudaranya kecuali puting.
.jpg?ext=.jpg)
Menarik Isnin: Tangan Wanita Mana MK Pegang? Adira Tayang Datuk Red Di IG, Siapa Pula Dating Drive Thru?
Jom tengok menarik Isnin!

Isteri Puji Handal Masak, Chris Pratt Mahu Sedozen Anak!
Meriah 12 orang anak!

Julia's Secret Recipe Official Trailer
Eh siapa pulak dah Julia ni? Kenapa pulak dia suka sangat tukar tukar kerja ni? Lepas tu kenapa Adam marah Julia tu? Kenapa Bunga’s Secret Garden sampai trending? Ariel tu pulak siapa? Kenapa Ariel cakap Julia fake? Kalau korang nak tahu jawapan untuk semua soalan ni, korang kena saksikan Julia’s Secret Recipe bermula 23 Mei, setiap Isnin. #Gempak #AstroGempak #JuliaSecretRecipe #GempakOriginalSeries

“Saya Tak Rasa Saya Popular In Real Life” - Kim Young Dae Galas Watak Utama Dalam Shooting Stars
Lawak juga cerita ni, lain betul watak Kim Young Dae.

BTS Cipta Sejarah, Pecahkan Rekod 17 Tahun & Jadi Pemenang Terbanyak Billboard Music Awards!
Seperti yang dijangkakan, grup tersohor Korea Selatan, BTS membawa pulang pengiktirafan dalam anugerah berprestij, Billboard Music Awards 2022 (BMA) yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

ISOBAHTOS Tahan Gigil Shooting 3 Hari 3 Malam, Terus Perjuang Warisan Borneo! - "Kawasan Ni Sejuk & Berangin"
ISOBAHTOS muncul dengan single baharu, ARJIIBII (RGB)

Kemalangan & Kematian Isterinya Dirancang? Dharma Bongkar Siapa Dalang Disebaliknya!
Siapa bunuh Natalie?

“Baru Nampak Suami Adira”- Ramai Teruja Bila Datuk Red Muncul Di…
Wah betul lah lama tak nampak Dato' Red

"Kalau Saya Sakit Bahu, Anak Saya Sakit Kanser" - Pesilat Negara Sebak, Netizen Titip Kata-Kata Semangat!
Tetap emas di mata kami!