Drama bersiri The Maid akhirnya bakal merungkai siapakah pembunuh sebenar Elissa yang dilakonkan oleh Mira Filzah dalam episod akhir esok.

Penonton dan peminat setia The Maid tidak sabar dan teruja untuk menanti episod 10 selepas pelbagai tanda tanya ditinggalkan dari espiod yang lalu.

Menerusi komen wargamaya di video Pengakuan The Maid episode 9 dalam laman Youtube, netizen akui suka akan keseluruhan jalan cerita drama tersebut.

“Kena marathon ni untuk episode akhir nanti, boleh tengok kat Astro GO,” kata salah seorang warganet.

“Banyak plot twist dan best tapi 30 minit saja,” komen salah seorang netizen.

“Kreatif betul jalan ceritanya. So adakah ini semua mimpi Jay semasa kebuntuan idea buat novelnya?” tanya salah seorang warga maya.

Episod lalu menyaksikan Nadia menumbuk hidung Fika hingga berdarah. Pergaduhan mereka menimbulkan kekecohan.

Dalam pada itu, Ratu dilihat sangat mencurigakan kerana dijumpai memiliki barang kemas miik arwah Elissa.

Adakah Ratu pembunuhnya? Saksikan The Maid episode 10 esok, pada jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand