Personaliti TV dan sosialit Marion Caunter meluahkan rasa kagumnya terhadap keindahan sebuah bandar kecil di negeri Selangor iaitu Sekinchan.

Menerusi laman sosial Instagram, Marion atau nama sebenarnya Marion Rose Caunter Abdullah, 40, memuat naik beberapa foto berlatarbelakangkan sawah padi untuk tatapan umum.

“Sejam setengah memandu membawa saya kepada bandar yang indah diberi nama Sekinchan. Saya suka kerana ada banyak sangat kecantikan dalam negara kita yang mana saya mengaku, saya kadang-kala terlepas pandang.



“Kita tak payah nak berjalan jauh. Terima kasih @ferhatnazri kerana menyokong saya untuk mengunjungi bandar ini,” tulis Marion di ruangan kapsyen.

Tambah istimewa lawatan kali ini, ia turut sertai oleh suaminya ahli perniagaan SM Nasarudin dan tiga orang anak mereka.



Malah, Marion turut mengajar anak-anaknya tentang kegunaan mesin padi dan dari mana asal usul beras.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut teruja melihat Marion memilih bandar Sekinchan untuk dilawati dan turut memuji keindahan sawah padi tersebut.

“Sekarang baru awak tahu betapa cantiknya kawasan-kawasan lain yang ada di Selangor. Saya agak, ni mesti kali pertama awak melawatnya,” komen seorang wargamaya.



“Wahhh, awak buat saya rindu kampung saya,” kata seorang wargamaya.

“Saya tak percaya, Marion Caunter melawat Sekinchan!” usik seorang wargamaya.



“My hometown dan saya bangga. Saya suka melihat awak bergembira di sana,” ujar seorang wargamaya.

“Bolehlah ke utara pula nanti Marion, cuti-cuti dalam Malaysia,” komen seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Marion berkahwin dengan SM Nasa pada Disember 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Leia, Lana dan Liam.