gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Berniqab, Menyamar 'Wati' Demi Kahwini Lelaki Pujaan
HIBURAN
Rapper Hentikan Konsert, Marah Peminat Bawa Bayi: “Anda Bawa Macam Patung”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Kecundang Di Tangan Rayme, Pasya Langsung Tak Berkecil Hati - “Ada 10 Komposer Yang Sudah Melamar Saya Sebelum…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Bapa Bina Rumah Kampung RM500,000, Teringin Tengok Nabil Akil Naik Pelamin - "Dia Pernah Cakap Sukakan Suasana ..."

Amri Hassan
Amri Hassan
23/03/2025
02:28 MYT
Sponsor Banner
Bapa Bina Rumah Kampung RM500,000, Teringin Tengok Nabil Akil Naik Pelamin - "Dia Pernah Cakap Sukakan Suasana ..."
Pelakon Nabil Aqil tidak menyangka bapanya sanggup membina sebuah rumah kayu kampung bernilai lebih RM500,000 di Kuang, Sungai Buloh, khusus untuk majlis persandingannya pada masa depan.
Sebagai individu yang membesar di bandar, Nabil memang berimpian untuk melangsungkan perkahwinan dalam suasana desa yang penuh tradisi.
“Saya tak sangka dia sanggup bina sebuah rumah kampung khas untuk majlis persandingan saya nanti.
“Memang saya ada cakap saya mempunyai impian untuk mengadakan majlis kenduri kahwin di kampung, dan ini satu kejutan besar buat saya,” katanya teruja.
Namun begitu, pelakon ini mengakui bahawa dia masih belum bertemu dengan calon isteri yang sesuai untuk menjayakan impian tersebut.
“Memang saya berharap dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin, tetapi buat masa ini saya reda kerana belum bertemu dengan jodoh yang sesuai. Saya percaya Allah sudah aturkan yang terbaik untuk saya,” katanya lagi.

Rumah Kayu 1928

Sementara itu, bapa Nabil, Ahmad Zaidi Masri, mendedahkan bahawa rumah kayu yang dibina itu bukan rumah baru, sebaliknya memiliki sejarah tersendiri.
“Rumah kayu ini asalnya terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan telah dibina sejak tahun 1928. Namun, ia telah dipindahkan dengan penuh teliti menggunakan teknik tanggam tanpa sebarang paku. Kini, rumah itu dipasang semula di lokasi baharu,” jelasnya.
Menurutnya, rumah tersebut bukan sahaja sebagai persiapan untuk majlis perkahwinan Nabil, tetapi juga boleh digunakan untuk pelbagai acara eksklusif.

“Memandangkan Nabil belum ada calon, jadi rumah ini yang diberi nama Rumah Kayu 1928 boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk majlis perkahwinan, sambutan hari lahir, dan acara korporat," ujarnya.

Bahkan, rumah tradisional unik itu baru sahaja menjadi lokasi penggambaran Datuk M. Nasir untuk promosi konsert Cipta Raya.
Dengan nilai seni bina tradisional yang masih relevan dalam dunia moden, Rumah Kayu 1928 kini menjadi simbol warisan yang bukan sahaja penuh nostalgia tetapi juga berfungsi sebagai ruang eksklusif untuk pelbagai majlis istimewa.
View this post on Instagram
A post shared by Doplohtiga Space (@doplohtigaspace)
Topic Berkaitan
#pelakon
#Bapa
#Pelamin
#Sungai Buloh
#Kuang
#Nabil Akil
#Rumah Kayu 1928
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement