Bapa Ditikam 26 Kali Selepas Selamatkan Anak Yang Jadi Mangsa Rogol
Izwan Isa
02/06/2023 23:50 MYT
02/06/2023 23:50 MYT
Seorang bapa bernama Atbain dari Desa Anjir Serapat Lama, Kalimantan Selatan, Indonesia meninggal dunia selepas ditikam oleh seorang lelaki yang membawa lari dan merogol anak perempuannya.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Barito Kuala, AKP Abdul Malik berkata, kejadian berlaku ketika anak perempuan mangsa dibawa lari oleh perogol berkenaan ke sebuah hotel di Banjarmasin.
BACA: Imam Ditikam Saat Sujud Tunaikan Solat Subuh, Pelaku Mengaku Tak Bersalah
Ketika berada di hotel, perogol tersebut memperkosa gadis berusia 22 tahun itu sebanyak dua kali. Sewaktu kejadian, gadis berkenaan sempat menghubungi keluarganya meminta pertolongan.
Gadis itu kemudiannya berjaya diselamatkan dan pelaku ditangkap oleh pihak keluarga lalu diserahkan kepada balai polis.
"Setibanya di tempat kejadian, ikatan perogol itu terlepas dan dia menyerang Atbain menggunakan senjata tajam jenis belati. Sementara rakan-rakan mangsa cuba membantu meleraikan.
"Mangsa ditikam sebanyak 26 kali oleh pelaku mengakibatkan Atbain meninggal dunia di tempat kejadian," terang Abdul Malik.
Dalam kejadian berkenaan, tiga anggota polis juga turut terluka ketika cuba untuk meleraikan mereka terlibat.
BACA: Pelakon Korea Cedera Parah, Ditikam Suami Sendiri
Disebabkan perbuatannya itu, pelaku kini berada dalam tahanan Polis Barito Kuala. Pelaku tertakluk kepada Perkara 338 Kanun Jenayah berhubung pembunuhan junto Perkara 531 Kanun Jenayah mengenai penganiayaan dengan hukuman penjara lebih 15 tahun.
Selain itu, memandangkan pelaku juga seorang residivis, dia juga dikenakan sanksi sebagai residivis dalam Kanun Jenayah dengan menambah satu pertiga daripada hukuman utama.
Sumber: Kompas TV