Laman Utama
Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia: "Nanti Ebit Sampai Yer..."
Bapa kepada pendakwah bebas uztaz Ebit Lew telah menghembus nafasnya yang terakhir sebentar tadi.
Berita sedih itu baru diumumkan oleh Ebit menerusi ruangan Facebook miliknya.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer.
Advertisement
“Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana.
"Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” tulis Ebit sebak di ruangak kapsyen.
Tambah Ebit lagi, dia kini dalam perjalanan ke Hospital Gleanagle untuk membawa jenazah bapanya, 84, untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.
Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk disemadikan.
Beberapa hari yang lalu, Ebit memaklumkan kesihatan bapanya semakin merosot selepas disahkan mengidap kanser perut tahap akhir.
Gempak merakamkan ucapan takziah dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah.
Must-Watch Video