Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Bapa Jual Roti Canai...Siti Sarah Kongsi Cerita Ketika Kegawatan Ekonomi

Asraf Aided
08/04/2020 11:16 MYT
Penyanyi Siti Sarah berkongsi sebuah video mengajar cara-cara membuat roti canai.

Bukan sekadar mengajar, Sarah juga berkongsi cerita megenai bapanya, Raisuddin Hamzah pernah menjual roti canai untuk menyara keluarga ketika kegawatan ekonmi pada tahun 1997.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

"Roti canai, masa gawat 1997 dulu, Abah antara orang yang kehilangan kerja, untuk besarkan kami anak beranak, roti canai lah yang Abah jual untuk besarkan kami," tulis Sarah di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Sarah di ruangan komen.

Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan memuji kepandaian Sarah menebar roti canai.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Masa gawat 1997 dulu , abah antara org yg kehilangan kerja .. untuk besarkan kami anak beranak , Roti canai ni lah yg abah jual untuk membesarkan kami ..

A post shared by Dap..Dap..Dap..? (@sitisarahraissuddin) on


Sekadar info, Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pelawak Shuib pada Februari 2011.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
 
#Siti Sarah #Roti Canai #Ekonomi