Seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila panggilan video bersama bapanya pada 5 Disember lepas merupakan panggilan terakhir setelah orang tuanya itu maut dihempap pokok tumbang di Jalan Bukit Belacan Kampung Lembah Jaya, Utara, Ampang.

Menurut Radin Muhd Nur Amri, 33, anak kedua arwah daripada sembilan adik beradik, menyatakan rasa seakan-akan tidak percaya dengan pemergian bapanya, Radin Abd Kharim Radin Mamfudz, 64.

BERITA TRENDING: Sehari Bernikah, Pengantin Baharu Maut Kemalangan - "Mereka Dalam Perjalanan Selepas Ambil ..."

“Saya tak sangka panggilan video dengan ayah pada 5 Disember lepas adalah panggilan terakhirnya

“Saya bekerja sebagai guru dan tak sempat balik kerana ada kelas tambahan maka pada cuti sekolah bercadang untuk jumpa ayah,” katanya.

Dalam pada itu, isteri arwah menerangkan bahawa kawasan tersebut selalu digunakan suaminya untuk bertemu dengan rakan-rakan selepas menghantar salah seorang daripada anak mereka membuat rawatan dialisis pada jam 4 petang.

“Ia memang merupakan rutin arwah untuk berjumpa rakan-rakan di kawasan itu setiap kali membawa anak menerima dialisis,” jelasnya.

Sekadar info, kejadian pokok tumbang berkenaan telah menyebabkan kematian dua individu iaitu pemandu kereta, Radin Abd Kharim dan seorang penunggang motosikal, Muhammad Hisyammuddin Ahmad Syakif, 23.

Jenazah Radin Abd Kharim dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jawa, Batu 18, Hulu Langat.

Sumber: BERNAMA