UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Bapa Mentua Minta Along Berdepan, Jadi Lelaki Sejati - “Sebagai Orang Tua, Kami Tak Mahu Masuk Campur Hal Peribadi Anak-Anak…”

Gempak 02/02/2025 | 05:55 MYT
Bapa mentua pelawak dan pelakon, Along Cham iaitu Suhaimi Shahruddin, 64, berpendapat menantunya itu
perlu menjadi lelaki sejati dengan berani menyelesaikan sebarang isu dalam mengenai rumah tangganya secara bersemuka.

Sepatutnya berbincang bersama isteri sebelum buat keputusan Menurut Suhaimi, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad sepatutnya duduk semeja bersama isterinya, Afreena, sebelum membuat sebarang keputusan.
Katanya, melihat keadaan anaknya ketika rumah tangganya bergolak dengan pelbagai dugaan merupakan saat yang sangat menghancurkan perasaannya.

“Along patut menjadi lelaki sejati. Saya difahamkan sepanjang enam minggu dalam tahanan Afreena hanya sekali sahaja dapat berjumpa, kalau Nizamuddin (Along) dan Afreena bolehlah berbincang.

“Sebagai orang tua kami tak mahu masuk campur hal peribadi anak-anak apatah lagi tengok rumah tangga mereka nampak bahagia, hari selepas Nizamuddin dilepaskan baru saya tahu hal taklik itu,” kata seperti dilapor portal HibGlam.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Along Cham Sound Selebriti Jaja Cerita Buruk Dalam Live - "Tolong Hentikan! Awak Tak Hidup Dengan Saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar Mak Lampir & Scammer RM100K, Afreena Suhaimi Tetap Sayang Along Cham - “Terima Kasih Suamiku Untuk Semua Ini”

Afreena berubah sikap selepas kemelut berlaku Jelas Suhaimi lagi, anaknya mempunyai perangai yang tidak suka bercerita masalah sehinggalah apa yang berlaku baru-baru ini.
Bapa kepada lima anak yang sebelum ini bertugas di beberapa negara termasuk Jerman, Austria, Jepun dan China, memberitahu, Afreena merupakan anak, isteri dan ibu yang ceria sebelum berubah sikap gara-gara kemelut yang berlaku.

“Dia kerap menangis, namun pada masa sama sibuk mencari bantuan untuk suaminya.

“Sepanjang lebih sebulan makan minum pun tak menentu. Kami risau kerana pekerjaannya turut terjejas, bahkan terpaksa membatalkan beberapa tugasan di luar negara,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Isteri Ditahan Babit Laporan Dibuat Isteri Along Cham

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Seleweng RM100K, Isteri Along Cham Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN:Along Cham Kongsi Punca Terjadi Lafaz Cerai Taklik, Siap Gelar Isteri ‘Mak Lampir’ - “Semua Ibarat Drama Yang Ada Plot Twist”

Sumber: HibGlam
#Along Cham #Mentua #Bapa Mentua #Afreena
;