Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bapa Norman Hakim Meninggal Dunia

Izwan Isa
07/10/2023 01:47 MYT
Pelakon Norman Hakim berkongsi khabar duka tentang pemergian bapa tercinta, Zaidon Abdul Rahim yang telah pergi buat selamanya pada 8.30 malam semalam.

Khabar sedih itu dikongsikan oleh Norman menerusi hantaran foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Norman memberitahu yang bapanya menghembuskan nafas terakhir di Kuantan, Pahang.

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)


“Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Haji Zaidon bin Haji Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 6 Oktober 2023 bersamaan 20 Rabiulawal 1445H jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan.

"Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Ayah, merahmatinya, memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan Ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya ringkas.

Sungguhpun begitu, punca sebenar kematian bapanya tidak dikongsikan oleh Norman.

Sementara itu, Norman turut memanjatkan doa agar roh bapanya ditempatkan bersama orang yang beriman.

BACA: [VIDEO] "Gembira Ayah, Gelak Tak Sudah Lepas Kena Urut" - 'Me Time' Dengan Bapa, Netizen Puji Sikap Norman...​

BACA: “Infact Dah Hilang Pun 15 Minit, Ayah Tak Respon, Nafas Pun Tak Ada” - Norman Hakim Trauma​

#Norman Hakim #Bapa
;