Laman Utama

Bapa Sharifah Shahora Meninggal Dunia

gempak
Fiza Kamarudin
20/03/2022
00:44 MYT
Sponsor Banner
Bapa Sharifah Shahora Meninggal Dunia
Pelakon Sharifah Shahora berkongsi berita duka mengenai bapanya, Syed Akil Syed Alwee yang meninggal dunia, pada petang Sabtu. Menerusi perkongsian Shahora di lama sosial Facebook dan Instagram, Allahyarham bapanya menghembuskan nafas terakhir di Shah Alam kira-kira jam 4 petang.
"Assalamualaikum, kepada kaum kerabat, sahabat handai yang mengenali abah saya Syed Akil Syed Alwee, beliau sudah kembali kepada-Nya jam 4 petang tadi di Shah Alam.
"Mungkin ada yang kami tak dapat beritahu semua buat masa ini. Diharapkan dapat doakan Allahyarham abah saya diletakkan di tempat orang yang beriman," tulisnya.
Ruangan komen turut dihujani ucapan takziah buat Shahora dan suami, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live