Bapa Terkena Jangkitan Paru-Paru, Sharifah Shahirah Minta Doa Cepat Sembuh

Syafiqah Jalal
Januari 10, 2018 05:12 MYT
Bapa kepada pelakon Sharifah Shahirah dimasukkan ke hospital selepas terkena jangkitan paru-paru semalam.
Sharifah Shahirah memaklumkan mengenai keadaan ayahnya menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya.
Bimbang dengan keadaan bapanya yang tiba-tiba terkena jangkitan tersebut, pelakon itu meminta semua mendoakan kesihatan orang tersayangnya itu.
Menerusi entri tersebut, Shahirah atau dikenali sebagai Shiera memuat naik foto bapanya terlantar di wad dengan badan yang dipenuhi wayar.
Rata-rata pengikut IG dan peminatnya mendoakan agar bapanya segera sembuh.
Foto: Instagram Sheira Ijoy
#pelakon #Pelakon #Sharifah Shahirah #Bapa #Shiera