Hiburan
“Barang Baby Sudah Tentu Ada Dalam Kereta” - Isteri Sedang Menunggu Hari, Fadhli Masoot Bakal Bergelar Bapa
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council, Fadhli Masoot mendedahkan dirinya bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Isteri sedang sarat
Menurut Fadhli, isterinya iaitu Suraya sedang menunggu hari untuk melahirkan anak sulung mereka.“Alhamdulillah isteri saya sedang menunggu hari untuk melahirkan anak sulung, tarikh jangkaan bersalin adalah pada awal bulan 12.
“Saya dengar ramai yang kata anak sulung ni kebanyakkannya keluar awal, jadi untuk bulan 12 sehingga penghujung tahun, Tuhan macam beri saya kelapangan untuk fokus pada promo Kahar dan juga isteri,” katanya.
Persiapan bayi
Dalam pada itu, Fadhli berkata persiapan untuk menyambut kelahiran bayi juga sudah disiapkan secara awal.
“Sekarang kami sudah siapkan barang-barang untuk pekakas bayi, bag sudah tentu ada dalam kereta mohon doakan yang baik-baik.
“Kita manusia tidak tahu apa jadi akan datang, saya sejenis orang yang ‘go with the flow’, apa yang Tuhan hidangkan, kita cuba pergi.
“Buat persediaan secara mental, tapi secara sedikit-sedikit saya belajar untuk tahu macam mana menjadi seorang ayah di permulaan, doakan supaya isteri saya kuat,” ujarnya.
Kahar: Kapla High Council dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu dan Thompson Goh.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.
Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.
Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.
Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Skrip filem ini ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Kahar: Kapla High Council akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, bermula 28 November dan Singapura pada 5 Disember.
Filem ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan mesej keganasan bukalah jawapannya dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan.
Kerjasama ini menyaksikan anjuran beberapa majlis bersama masyarakat serta menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat bersama barisan pelakon.
Usaha membawa kempen ‘#StopViolence’, turut memperlihatkan kerjasama dengan Group M untuk papan iklan digital Laguna, Seni jaya, dan AOS bagi memaparkan video kempen anti keganasan. Video tersebut ditayangkan serentak (roadblock) bermula 27 hingga 29 November di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, filem ini turut bekerjasama dengan rakan kerjasama pemasaran strategik, Tune Talk.
Dapatkan sim pek Tune Talk edisi Kahar: Kapla High Council berharga RM35, dan lebih menarik memberi peluang kepada peminat untuk memenangi Lesen High Council.
Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Buat peminat, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar: Kapla High Counci pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Koleksi hoodie rasmi Kahar : Kapla High Council edisi terhad menawarkan dua warna iaitu hitam dan kelabu. Selain itu barangan lain yang boleh dijadikan koleksi adalah tote bag, baju-t, enamel pins dan banyak lagi akan dikeluarkan di masa akan datang.
Semua cenderahati eksklusif ini boleh didapati menerusi Gempak Official Store di platform Shopee.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.