Laman Utama
“Barang Kemas Bukan Setakat Pakai, Dah Ada Kedai” - Tak Mahu Hadiah, DSV Mohon Kasih Sayang Allah Sempena Usia Setengah Abad
Semalam, usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida menyambut hari lahir yang ke-50. Sempena dengan sambutan hari lahirnya yang sudah masuk ke angka separuh abad itu, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman turut bersiaran langsung di Instagram.
Menerusi siaran langsung berkenaan, pelbagai hal disuarakan oleh Vida. Selain berinteraksi dengan peminat yang menonton siaran langsung tersebut, Vida turut memberitahu yang dia tidak mahu sebarang hadiah bagi meraikan hari jadinya.
“Saya tak perlu hadiah semua, saya dah ada belaka, alhamdulillah. Saya perlukan doa, saya perlukan kasih sayang Allah SWT.
“Nak barang kemas, ada dah. Barang kemas bukan setakat pakai, dah ada kedai. Nak beg tangan, penuh rumah. Nak kereta, kereta dah ada. Nak rumah, ada dah dalam 20 rumah saya. Itu riaklah pulak tu,” tutur Vida dalam nada seloroh.
Sungguhpun begitu, Vida sempat berkongsi amalan yang sering dilakukan setiap kali tiba hari kelahirannya.
“Pada hari lahir saya ni, biasanya saya akan membaca Al-Fatihah untuk diri sendiri, untuk arwah anak saya, ibu saya dan untuk kamu semua.
“Baca Al-Fatihah sekejap, tak sampai dua minit, tapi dia punya zat datang ke dalam jiwa kita,” katanya.
Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan pengikutnya yang meminta Vida supaya tidak lagi menyebut nama Iqbal menerusi sesi siaran langsung berkenaan.
Secara spontan, Vida menjawab: “Of courselah, dia pun tak mahu saya sebut nama dia,” tutur Vida.
Untuk rekod, nama Vida masih panas dalam kalangan netizen memandangkan hampir setiap hari ada sahaja drama terbaharu yang disajikan berkenaan kisah cinta tidak jadi antara dirinya dan seorang pempengaruh popular, Ahmad Iqbal Zulkefli.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!