Tinggal sehari lagi sebelum tarikh tayangan, peminat sudah mula mmenunjukkan rasa tidak sabar untuk menonton filem Hantu Bonceng 2.0.

Lagi-lagi apabila melihat kemunculan pelakon Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar kembali bersama selepas 10 tahun menerusi filem terdahulu, Hantu Bonceng.

Dengan jalan cerita yang lebih segar, menariknya Hantu Bonceng 2.0 ini menampilkan barisan pelakon berbakat besar iaitu Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy.

BACA: Wohoo! Selepas 10 Tahun, Zizan Kembali Dalam Hantu Bonceng 2.0

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)


Malah sedutan filem yang ditayangkan juga mendapat reaksi positif peminat yang teruja untuk menonton Hantu Bonceng 2.0 dan bersama keluarga.




Jangan lupa saksikan Hantu Bonceng 2.0 di pawagam rumah anda bermula 11 Februari 2021, di Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.