Baru Bertolak Ke KL Jam 2 Pagi, Zizan Razak Terima Berita Nenek Meninggal Dunia

Mya Amri
Oktober 4, 2020 09:15 MYT
Nenek kepada pelakon Zizan Razak, Zainoon Abdullah meninggal dunia hari ini (4 Oktober 2020).
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Zizan menerusi entri terbaharu di Instagramnya sebentar tadi.
Menurut Zizan, nenek kesayangannya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.57 pagi tadi.
“Al-Fatihah buat Zainoon binti Abdullah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir jam 11.57 am tadi.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya,” tulisnya.
Takziah diucapkan kepada Zizan sekeluarga atas kehilangan nenek tersayang. Al-Fatihah.
Terdahulu, menerusi akaun Instagramnya difahamkan Zizan berada di samping neneknya semalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 2.28 pagi tadi atas komitmen kerja.
BACA: Nenek Disyaki Hidap Kanser, Zizan Razak Risau & Tak Cukup Rehat
Sebelum ini Zizan memaklumkan neneknya disyaki menghidap kanser.
#Zizan Razak