Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Baru Faham Perasaan Ibu Hamil Alami Alahan, Intan Najuwa Tak Boleh Lihat Pasu - “Saya Suruh Pembantu Rumah Alih, Sebab Rasa Nak Muntah”

Mya Amri
20/07/2024 00:13 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa yang kini hamil anak pertama berkongsi pengalaman berdepan dengan alahan.

Baru faham perasaan alahan ibu hamil


Menurut Intan, sebelum ini dia hanya melihat dan mendengar mengenai perkara itu namun kini dia sendiri yang merasai pengalaman unik tersebut.

“Kita tidak tahu perasaan ibu hamil macam mana jadi sebelum ini saya lihat mereka alahan dan teringin makan macam-macam, saya tak boleh relate.

“Tapi bila saya hamil saya dah tahu dah. Ya Allah langsir tu tak buat apa-apa pun elok sahaja selama ni dah tak pasal pasal kena buka,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Risau Intan Najuwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir Setahun Berkahwin, Intan Najuwa Umum Hamil Cahaya Mata Pertama - “Our Little Secret Is Finally Out!”


ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Lelaki Bitter Dengan Kehidupan Intan Najuwa? Ini Respons Tuan Empunya Badan – “Tak Payah Berlagak Macam Kami Ni Kejar Duit Lelaki”

ARTIKEL BERKAITAN: "Punyalah Jaga Macam Anak, Nak Jentik Pun Tak Sampai Hati" - Intan Najuwa Simpati Nasib Haiwan Didera, Mohon Jaga Penuh Kasih Sayang


Tengok pasu rasa nak muntah


Tambah Intan lagi, selain langsir, dia juga tidak boleh melihat pasu kerana menyebabkan dirinya muntah.

“Saya sangat-sangat emosi semasa trimester pertama. Pasu dekat rumah pun saya suruh alih, saya cakap dengan pembantu rumah tak boleh tengok pasu tu depan saya, saya nak muntah.


“Nak cuba abaikan pun tak boleh sebab awak akan rasa benda itu menganggu kehidupan awak. Tak pasal-pasal pasu tu kena sembunyi.

“Pelik tapi betul lah, saya rasa ini pembawakan budak kot. Pasu kesian, langsir pun kesian. Padahal pasu itu saya yang beli,” jelasnya.

Berikut merupakan video penuh perkongsian Intan:
undefined Terdahulu, setelah hampir setahun usia perkahwinan, Intan berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil cahaya mata pertama.

ARTIKEL BERKAITAN:Berita Kehamilan Dicemari Dengan Fitnah Tak Bayar Gaji Staf, Intan Najuwa Tampil Pertahankan Diri - “Mess With Me & You Will Regret It!”



Intan berkongsi berita itu dengan memuat naik video memperlihatkan baby bump di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan bernama Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.


#Hamil #Intan Najuwa #Alahan #Muntah #Pasu #Datin Intan Najuwa
;