,
Hiburan

Berita Kehamilan Dicemari Dengan Fitnah Tak Bayar Gaji Staf, Intan Najuwa Tampil Pertahankan Diri - “Mess With Me & You Will Regret It!”

Asyikin Mayudin
18/07/2024
23:55 MYT
Baru sahaja berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertamanya, pelakon Datin Intan Najuwa diserang oleh individu tidak dikenali yang mendakwa aktres itu tidak membayar gaji pekerja.

Berhentikan Pekerja Yang Buat Hal

Intan menerusi Instastory miliknya menegaskan dia tidak pernah terlepas membayar gaji dan hanya akan memberhentikan pekerja sekiranya tidak melakukan kerja sahaja.

“Ini lagi seorang, siapa pula staff yang I tak bayar gaji ni. Melainkan kalau dia tak buat kerja, memang I buang terus. Staff songlap duit I ada la. Staff curi duit I dari Atm pun ada.

“Cuma kita ni malas nak berdendam, tak report police pun. Yang makan gaji buta pun ada. Staff yang buat kerja macam budak tadika, lepas itu tiba-tiba demand macam-macam pun ada,” kongsinya.

Tak Berhutang

Pada perkongsian yang sama, Intan menegaskan dia mempunyai sebarang hutang dengan sesiapa dan sentiasa menjaga kebajikan pekerja dan membayar gaji sekali dengan bonus.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir Setahun Berkahwin, Intan Najuwa Umum Hamil Cahaya Mata Pertama - “Our Little Secret Is Finally Out!”

ARTIKEL BERKAITAN: "Punyalah Jaga Macam Anak, Nak Jentik Pun Tak Sampai Hati" - Intan Najuwa Simpati Nasib Haiwan Didera, Mohon Jaga Penuh Kasih Sayang

“Spill the tea please. Saya pun tertanya-tanya. Sorry ya, saya tak ada hutang duit orang. Orang hutang saya saja ramai dan semua staff I yang kerja dengan I, kerja dapat gaji siap bonus lagi.
“So kalau setakat nak burukkan nama saya, beringat sikit. Mess with me and you wiIl regret it,” tegas Intan lagi.
Dalam hantaran lain, Intan turut memberi masa selama 24 jam untuk individu yang memfitnahnya tampil bertemu dengannya sebelum dia meneruskan dengan mengambil tindakan undang-undang.

Proceed Undang-Undang

“Jadi, lelaki ini yang cari fasal. Come, saya sangat teruja nak jumpa awak. Sebab I pun tak kenal you. Saya berikan awak masa 24 jam untuk bertemu dengan saya jika tidak, kita akan teruskan dengan undang-undang.
“I tak takut sebab ramai staff saja ramai buat fasal dengan I,” ujarnya.
Bagaimanapun, Intan mengambil keputusan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.
“Dah proceed. Nak suruh dia confront slow sangat. See you when I see you,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Lelaki Bitter Dengan Kehidupan Intan Najuwa? Ini Respons Tuan Empunya Badan – “Tak Payah Berlagak Macam Kami Ni Kejar Duit Lelaki”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tuduh Intan Najuwa Cucuk Bibir, Ini Respons Tuan Badan…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

Pempengaruh Kongsi Video Makan Sushi Sewaktu Berpantang, Netizen Tegur - “Badan Nak Pakai Lama Dik..”

gempak
06/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Eynanan menerima teguran daripada netizen susulan memuat naik video menjamah sushi sewaktu tempoh berpantang di TikTok, baru-baru ini.