Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila usahawan popular, Datuk Seri Vida memuat naik status mencari seorang pembantu peribadi atau PA.
Sungguhpun gaji bulanan yang ditawarkan berjumlah RM10,000 sebulan, namun, kriteria lain yang perlu ada pada calon PA tersebut dilihat menjentik hati netizen.
Menurut Vida, dia memerlukan seorang PA lelaki berstatus bujang, berusia 25 hingga 30 tahun dan yang paling penting mempunyai rupa paras yang kacak.
Begitupun, ramai dalam kalangan netizen yang dilihat memberi respons terhadap kriteria yang diingini oleh Vida dalam mencari seorang PA.
Ada yang mendakwa diri mereka tidak cukup kacak untuk mencuba dan secara sarkastik memerlu Vida dan bertanya adakah dia sebenarnya mencari ‘anak ikan’.
Hal pencarian PA itu sampai ke pengetahuan pengacara popular Harith Iskander. Berkongsi laporan berita tentang hal berkenaan di Instagramnya, Harith mendakwa yang sebenarnya ingin mencuba nasib memohon kerja sebagai PA usahawan tersebut.
“Baru nak apply, tapi sedar yang saya tak kena dengan semua kriteria. Chis Bedebah! Kalau saya kenal DSV beberapa abad lepas… mungkin perkara akan jadi lain hari ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Salah seorang pengikut Harith bertanya kembali di ruangan komen mengapakah kriteria PA yang dicari merupakan lelaki muda yang kacak.
“Tapi kenapa PA itu mesti kacak dan lelaki muda sahaja… apakah kriteria kerja ini,” soalnya.
Sementara itu, ada juga yang sempat berseloroh dan meminta Harith untuk mencuba jika Vida mahukan seorang genie (merujuk kepada Jin dalam kisah dongeng).
“Kalau dia perlukan genie, kamu harus cuba,” katanya.
Meninjau komen-komen yang ditinggalkan di sebuah forum hiburan pula, ada yang menyifatkan Harith sudah agak berusia untuk menjadi PA Vida.
“Ko tak cukup tasty untuk DSV… lagi pun ko dah pucuk tua,” tulisnya.
Terdahulu, Vida menjadi topik bualan hangat netizen apabila kononnya ingin berkahwin dengan seorang usahawan muda iaitu Iqbal.
Izwan Isa
Wed Dec 08 2021

.jpg?ext=.jpg)
Victoria Beckham Kata Trend Badan Kurus Sikap Kuno: “Wanita Sekarang Mahu ….”
Victoria Beckham yang terkenal dengan citarasa fesyen tinggi mengatakan sikap wanita moden yang menilai kecantikan sudah berubah.

Awal Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Tolak Pakai Tangan; “Saya Bukan Iron Man”
Langgar ke tolak pagar?

Kaki Karok Memang Patut Tonton Karaoke Superstar, Confirm Menggamit Kalbu! Ada Zamani, Nash, Ameng Spring, Rahmat Mega
Kaki karok confirm suka!

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!
Sewa & strim sekarang!

Ruhainies Tak Mahu Jaja Kisah Mr E Lagi - "Biar Saya & Keluarga Saja Yang Tahu"
Ruhainies nak fokus kerjaya.

“VVIP Makan Tepi Jalan?”- Layan Laksa Kampung Baru, Datin Paduka Eina Azman Dipuji Ramai! Humble Betul!
Eina juga tanpa berkira terus memberi...

Yuna Sedih Anak Saudara 17 bulan Meninggal Akibat Covid-19 Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa
Innalilah...

“Maki-Maki Lepas Tu Minta Maaf Pada Saya” - Penangan Datin Mona, IG Ziema Din Pernah Kena Serang
Memang betul-betul buat orang benci Datin Mona ni.

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar
Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Selasa terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.

“Makan Dengan Siapa Tu?”- Kantoi Dating, Ramai Gadis Frust Dengan Sufian Suhaimi Pula
Sufian Suhaimi dating dengan siapa tu?