Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Baru Nak Melepas Hajat, “Adik” Pula Digigit Ular

Gempak
22/08/2024 03:25 MYT
Seorang lelaki di Thailand berhadapan dengan detik cemas apabila dia digigit seekor ular semasa sedang membuang hajat.

Serangan Tak Disangka

Lelaki berkenaan berkongsi dilaman Facebook dengan menyatakan bahawa dia selalunya mengepam air sebelum duduk di atas mangkuk tandas.

Walaupun sudah mengambil langkah berjaga-jaga pada hari tersebut, dia secara tiba-tiba merasakan satu sengatan sebaik sahaja duduk di mangkuk tandas berkenaan.

Setelah merasakan kesakitan dalam keadaan panik lelaki tersebut segera memegang apa sahaja yang menyebabkan kesakitan tersebut.

Tanpa dia sedari, dia telah memegang seekor ular besar pada lehernya, yang ketika itu telah menggigit kemaluannya dengan kuat.

BERITA TRENDING: Lelaki Rusia Cedera Selepas Cubaan Merogol Seekor Lembu Betina

BERITA TRENDING: Kecoh 29 Ekor Ular Sawa Termasuk Induk Keluar Dari Longkang Restoran Di Shah Alam

BERITA TRENDING: Pelik Tapi Benar! Ular Pun Mandi Guna Syampu

BERITA TRENDING: Lelaki Gigit Ular Hingga Mati, Percaya Jadi Penawar Racun


Tidak sakit hanya terkejut

Sejurus merasakan kesakitan, Mangsa yang terkejut segera bangun dan cuba menarik ular itu namun usaha itu gagal.

"Pada saat itu, saya tidak merasa sakit, hanya terkejut,

“Dan saya juga cuba untuk menarik ular itu keluar namun usaha itu gagal,” katanya dalam hantaran tersebut.

Oleh kerana usaha menarik ular itu gagal, ditambah pula dengan adrenalin yang tinggi lelaki tersebut mencapai berus tandas yang terletak berhampiran lalu memukulnya berulang kali sehingga ular itu tidak bergerak lagi.
Selepas itu, lelaki tersebut meminta bantuan jiran untuk membawanya ke hospital berdekatan.

Lelaki itu bernasib baik kerana ular yang mengigitnya itu tidak berbisa dan hanya perlu merawat luka gigitan itu sahaja.

Sumber: MSNews

#Thailand #Ular #Lelaki digigit
;