Viral

Lelaki Gigit Ular Hingga Mati, Percaya Jadi Penawar Racun

gempak
Gempak
09/07/2024
00:33 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Gigit Ular Hingga Mati, Percaya Jadi Penawar Racun
Tindakan seorang lelaki di India yang percaya apabila dia mengigit balik ular yang mematuknya untuk melemahkan bisa reptilia itu telah berjaya menyelamatkannya dari ajal.
Bagaimanapun, mangsa Santosh Lohar, 35, bernasib baik apabila dia yang dipatuk dua kali, sempat dibawa ke hospital oleh rakan-rakannya melihat kejadian itu.
Semasa kejadian, Lohar sedang memasang rel kereta api di hutan Rajauli dekat bandar Nawada di wilayah Bihar pada Selasa lalu.

BERITA TRENDING: Shiha Kerap Mimpi Ngeri Dibelit Ular Hitam, Minta Doa Ustaz Elak Kena Sihir - "Banyak Kali Orang Datang Kedai, Nampak Tutup Je"

BERITA TRENDING: Polis Jumpa Ular Dalam Seluar

BERITA TRENDING: Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India

BERITA TRENDING: Wanita Hilang Sabar, Bantai Ular Sawa Gara-Gara Ayam Ternakan Selalu Hilang!

Ketika dia sedang tidur, ular berbisa itu tiba-tiba menyerangnya dan kemudian bertindak balas cepat dengan menangkap reptilia itu dan menggigit kepalanya sebanyak dua kali sehingga mati.

Pindah racun

Difahamkan di beberapa bahagian di India, terdapat kepercayaan karut bahawa tindakan menggigit ular akan memindahkan racun itu kepada haiwan itu semula.

"Di kampung saya terdapat kepercayaan bahawa apabila ular menggigit anda, anda perlu mengigitnya sebanyak dua kali untuk meneutralkan racun tersebut," kata Lohar kepada India Today.

Namun, sehingga hari ini spesies ular yang mematuknya itu belum dikenal pasti.
Selepas kejadian, Lohar diberikan suntikan anti-venom oleh doktor untuk rawatan lanjut.
Kisah itu tular di media sosil di seluruh India di mana ramai netizen menganggap ular tersebut tidak berbisa atau dia mungkin meninggal dunia jika dipatuk ular tedung senduk.
Sumber: Agensi melalui Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live