Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Baru Putus Cinta Dengan Lee Min Ho, Suzy Kini Milik Lee Dong Wook

Mya Amri
09/03/2018 07:07 MYT
Pelakon terkenal Korea, Lee Dong Wook, 37, dan Suzy, 24, dilaporkan sedang bercinta.

Berita itu disahkan oleh syarikat pengurusan Lee Dong Wook, King Kong by Starship dan Suzy, JYP Entertainment hari ini.

“Lee Dong Wook memang ada bertemu dengan Suzy di sebuah majlis baru-baru ini.

“Turut diakui dia kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” kata wakil Lee Dong Wook.

Manakala dalam satu kenyataan lain, wakil JYP Entertainment juga mengakui perkara tersebut.

“Ya memang benar Suzy sedang dalam proses mengenali Lee Dong Wook,” katanya.

Bagaimanpun berita mengejutkan itu telah mengundang pelbagai reaksi peminat.

Rata-ratanya menyatakan rasa terkejut kerana Suzy baru sahaja berpisah dengan aktor terkenal, Lee Min Ho atas alasan ingin memberikan fokus pada kerjaya.







Suzy dan Lee Min Ho berpisah pada November tahun lalu selepas tiga tahun bercinta.

Sumber: Allkpop
#Bercinta #Lee Dong Wook #Suzy