,
Laman Utama

"Baru Semalam Saya Duduk Mengadap Mak..." - Ibu Abby Abadi Meninggal Dunia, Pengsan Ketika Dialisis

Amri Hassan
27/10/2022
21:01 MYT
Ibu kepada pelakon Abby Abadi, Hasnah Abu menghembuskan nafas terakhir pada Khamis, dipercayai pengsan selepas menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Berita duka itu dikongsikan sendiri Abby menerusi hantaran di media sosialnya.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, Allahyarham menghidap sakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu yang memerlukannya menjalani rawatan dialisis.
"Baru semalam saya duduk mengadap mak saya, masakkan makan, belikan buah kegemaran mak, teman mak makan, temankan solat, teman berbual.. harini mak dah takde.
"Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mak saya dan mohon doa kalian agar mak saya ditempatkan di syurga terbaik di sisi-Nya," tulis Abby.
Jenazah Allahyarham ibunya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 Lembah Keramat selepas zuhur.
Dalam hantaran terbaharu, Abby turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu memudahkan urusan arwah ibunya sepanjang hayat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Unitar