Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Baru Tengok Trailer Dah Pecah Perut, Netizen Rindu Gabungan JoZan - “Confirm Riuh Satu Panggung”

Umirah Halim
19/08/2024 05:25 MYT

Setelah dua tahun, gabungan ‘JoZan’ iaitu pelawak dan pengacara Zizan Razak dan Johan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Netizen Teruja

Baru sahaja melancarkan trailer pada Jumaat, ramai netizen dah mula tak sabar untuk menonton filem yang sememangnya dinanti-nantikan 2024!

“Belum tengok lagi tapi dh gelak macam mana ni.

“Memang support kali ni rindu giler gabungan JoZan.

BERITA TRENDING: Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

BERITA TRENDING: JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”

BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Menangis Dalam Pelukan Bapa -

BERITA TRENDING: Telatah Bayi Berbaring & Tidur Dalam

“Even tengok trailer pun dah bergelinang air mata. Berapa tahun dah umur korang sekarang layan dorang ni sejak rajalawak,maharajalawak, Jozan show? Yes, we are same. Old but gold.

“Confirm riuh satu panggung,” komen beberapa netizen.

Filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.

Sinopsis

Filem ‘Baik Punya Ah Long’ menceritakan kisah dua beradik yang diminta oleh bapa angkat mereka untuk memulakan perniagaan, tetapi mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perniagaan.

Mereka memulakan perniagaan meminjam wang, namun demikian mendapat tentangan oleh beberapa 'Ah Long' yang lain.

#Filem #Jozan #Rindu #Baik Punya Ah Long #gabungan