Hiburan
Cut Intan Nabila Menangis Dalam Pelukan Bapa - "Sakitnya Sampai Ke Ulu Hati"
Pempengaruh popular Indonesia, Cut Intan Nabila tidak pernah sendirian selepas melalui episod keganasan rumah tangga dipercayai dipukul oleh suaminya sendiri, Armor Toreador.
BERITA TRENDING: Tak Tahan Dicurangi, Cut Intan Nabila Muat Naik Rakaman Dibelasah Suami, Anak Masih Bayi Pun Kena Tendang
Selain sahabat yang sentiasa menemaninya dan anak-anak, terbaharu, bapanya juga tiba dari Acheh untuk bertemu dengan Cut Intan, seperti dilaporkan Detik.com.Momen sedih pertemuan itu dirakamkan oleh Wardah Maulina dan Shella Sauki.
Dalam pertemuan itu, Cut Intan dilihat menangis dan terus memeluk bapanya hingga sahabat yang turut berada di lokasi sama turut sama mengalirkan air mata.
Wardah Maulina, isteri penyanyi Natta Reza sempat mencoretkan rasa sakit ketika mendengar tangisan teresak-esak Cut Intan.
"Akhirnya @cut.intannabila jumpa Ayah dari Aceh. Sakitnya nyampe ke ulu hati. Hati Ayah mana yang ga luka anak perempuannya disakiti oleh laki2 yang sudah dipercaya untuk menjaganya dengan baik," tulis Wardah Maulina.
Begitu juga dengan usahawan dan influencer, Shella Sauki yang turut merasakan kesedihan keluarga itu.
"Alhamdulillah @cut.intannabila sudah bertemu Ayah nya... hati ayah mana yg gak hancur melihat Anak nya Di perlakukan begini," tulis Shella.
Sehingga kini, Armor masih ditahan di ibu pejabat Polis Bogor. Armor yang juga seorang usahawan mengaku pernah melakukan kekerasan melebihi lima kali terhadap isterinya sejak tahun 2020.
Untuk rekod Intan dan Armor memiliki tiga orang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga sejak 2020.
BERITA TRENDING: Kantoi Tengok Porno Punca Suami Cut Intan Nabila Mengamuk Sampai Naik Tangan, Kasari Anak
BERITA TRENDING: Pukul & Tolak Isteri Ke Dalam Gaung, Lelaki Mengaku Tidak Bersalah
BERITA TRENDING: Penyanyi Rap Didakwa Hamilkan Wanita Lain & Pukul Bekas Kekasih? - “The Ex Stayed With Him Dari Dulu, Siap Buat Foodpanda Bersama”
Must-Watch Video