Berita
"Baru-Baru Ini Hafreez Ada Bertemu Dengan Keluarga Saya Untuk ....." - Zara Zya & Hafreez Adam Tangguh Nikah
Pelakon Zara Zya mengakui perancangannya bersama aktor, Hafreez Adam untuk menamatkan zaman solo pada tahun ini terpaksa ditangguhkan gara-gara jadual kerja terlalu padat.
Menurut laporan Harian Metro, Zara menjelaskan perancangan untuk berkahwin terpaksa ditunda ke tahun depan dan berharap segala perancangan menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.
“Kalau diikutkan memang kami merancang untuk bernikah tahun ini tetapi masing-masing sibuk dengan kerja.
“Bagaimanapun, baru-baru ini Hafreez ada bertemu dengan keluarga saya untuk membincangkan beberapa perkara seperti majlis merisik sebelum majlis pernikahan.
“Majlis perkahwinan tidak akan berlangsung tahun ini. Kami enggan terburu-buru kerana soal nikah kahwin adalah satu tanggungjawab yang besar dan memerlukan persiapan rapi,” katanya.
Menurut Zara, selepas impian untuk bernikah tahun ini tidak tercapai, dia dan Hafreez enggan meletakkan sasaran atau tarikh spesifik bagi hari bahagia mereka.
“Bermula awal tahun ini saya sibuk dengan urusan perniagaan manakala Hafreez pula terikat dengan penggambaran drama 80 episod.
“Tanpa kami sedar, masa berlalu dengan cepat dan sudah memasuki pertengahan tahun. Jadi, bagaimana nak merealisasikan hasrat berkahwin dalam tahun ini.
“Oleh itu, saya tidak mahu memberikan tarikh kerana enggan menimbulkan salah faham. Nanti, ada yang mengeluarkan spekulasi dan andaian kurang enak sekali gus timbul fitnah.
“Kata-kata itu ibarat doa, jadi saya mahu yang baik-baik buat saya dan Adam,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video