“Bas Penuh, Jem Tak Boleh Bincang & Stress! Penat Balik Kerja Kena Hadap Benda Ni” - LRT Rosak, Ini Antara Keluhan Netizen

Mya Amri
November 9, 2022 09:00 MYT
Pengumuman mengenai sebahagian perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang akan digantung operasi selama tujuh hari bermula hari ini mengundang pelbagai reaksi netizen.
Malah platform media sosial hari ini juga dipenuhi dengan pelbagai ciapan (tweet) mengenai topik tersebut.
Berdasarkan pemerhatian, antara topik hangat adalah yang menjadi bualan sejak pagi tadi adalah keluhan netizen yang rata-ratanya menyuarakan kesukaran untuk ke tempat kerja kerana penggantungan operasi LRT.

kesiannyaa sampai 7 hari lrt rosak? naik kereta ramai2 lah solution dia selain naik bas yg definitely akan penuh.. jem mmg confirm gila2 laaa…kesian wehh dgn penat blik dri kerja nnti pastu kena hadap benda ceni aaaaaa?semoga dipermudahkan urusan semua org,aamiin?

— ☁️ (@alivwho) November 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Semalam keluar office 5.33pm, sampai rumah 7.20pm. Hari ni kalau hujan lagi petang + lrt rosak kita tengok berapa hari aku nak sampai rumah. Distance : 38km.

— usop oppa (@TheUsopIbrahim) November 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jam dia takyah cakap la sebab LRT rosak ni. Semua bawak kereta. Pastu petang kang hujan. Aku sarankan kita semua AL jela 7 hari

— Lee Dong Ruq (@faruqmcgrath) November 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan LRT, Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel, memaklumkan berlaku gangguan pada sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) Laluan Kelana Jaya, yang mula dikesan petang Selasa.
Disebabkan itu, Rapid KL dalam kenyataan hari ini berkata terdapat penggantungan operasi membabitkan 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park selama tujuh hari.
BACA: LRT Rosak, Ribuan Penumpang Terkandas; “Nak Balik Macam Mana? Esok Nak Pergi Kerja?”
Penggantungan operasi membabitkan Stesen LRT Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asian Jaya,Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum dan KL Sentral.
Manakala, lain-lain stesen beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu hingga jam 11 malam.
Kredit foto: Pengguna Twitter
#Viral #Netizen #Tular #LRT #Rosak #LRT rosak #Keluhan Netizen #Netizen Komen