Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Bawa Anak Pergi Kelas Mengaji, Peminat Puji Saharul Ridzwan

Rozaimi Zubaidi 22/02/2018 | 12:23 MYT
Peminat pelakon Saharul Ridzwan memuji sikapnya yang membawa anaknya, Luth Ali menghadiri kelas mengaji Al-Quran bersama-sama.
Menerusi entri di Instagram (IG), Saharul berkongsi video bersama anaknya yang kini berusia lapan bulan.
"Alhamdulillah, selesai kelas mengaji Al-Quran. Ini pun tak habis belajar lagi. Baru nak sebut huruf dengan betul.
"Selama ini ingat bacaan kita betul, banyak yang tak betul rupanya. Terima kasih ustaz.
"Kita cari akhirat, In Sha Allah, dunia akan datang dengan sendiri," tulisnya.
Rata-rata peminat memuji sikap Saharul dan mereka mendoakan agar suatu hari nanti Ali akan menjadi anak yang soleh.
"@sabrinasudiman_: Alhamdulillah. Bagusnya Ali diam je dengar ustaz berkongsi pasal bacaan Quran. Semoga membesar menjadi lelaki yang beriman dan beramal soleh. Aamin."
"@miszdianarazak: Alhmdulillah, seronoknya kalau ada masa bawa anak-anak luangkan masa macam ini."
"@ZaripF: Allahu, pandainyaa ali tengok ustaz tak berkelip mata. Bagus Saharul kecil-kecil dah biasakan anak dengan Al-Quran. Semoga Ali membesar menjadi anak yang soleh.
"@Rupiehh: Sejuk je mata melihat. Walaupun Ali tidak tahu apa-apa sekurang-kurangnya bagus beri pendedahan awal kepada anak mengenai Islam."
Saharul melangsungkan perkahwinan dengan Qaabila Deena pada 16 September 2016.
Pasangan tersebut menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun tahun lalu.
#pelakon #Saharul Ridzwan #Pelakon
;